December 22, 2024

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata lelaki berusia 22 tahun dan tidak bekerja itu ditahan di tepi jalan di sebuah kampung kira-kira 9.20 malam, semalam.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa kira-kira empat jam sebelum penahanan menyatakan anaknya yang berusia lapan tahun dibawa lelaki berkenaan ke sebuah inap desa untuk mengambil barang.

“Menurut ibunya, semasa di inap desa, suspek didakwa menurunkan seluar mangsa separas paha menyebabkan kanak-kanak tersebut terus keluar dari inap desa tersebut.

“Kejadian tersebut membuatkan kanak-kanak itu berubah menjadi pendiam dan keadaan itu disedari oleh guru kanak-kanak tersebut. Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek saling mengenali,” katanya dalam kenyataan.

Suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual dan Kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *