November 18, 2024

Sarah (dua dari kanan) terus membuat pendedahan demi pendedahan tentang hubungan Aliff dengan wanita bernama NRF dipercayai Ruhainies.

PETALING JAYA – Selepas pengakuan sebagai kekasih ‘gelap’, wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine terus mencetuskan kekecohan apabila kembali dengan pelbagai pendedahan buruk mengenai dua pelakon dipercayai Ruhainies dan Aliff Aziz.

Terus berani bersuara, Sarah berkongsi beberapa perbualan dipercayai di antara Aliff bersama individu yang dinamakan sebagai ‘NRF’ dipercayai Ruhainies menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pelbagai perkara, termasuk isu tangkap khalwat, perceraian dan komplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Menerusi tangkap layar dalam salah satu perbualan yang dimuat naik, NRF dilihat meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila Bella dilantik sebagai duta sebuah jenama penjagaan kesihatan yang tular baru-baru ini.

“Ada saya nampak ini, semua orang ambil kesempatan atas isu kita. Awak nanti Allah SWT akan ganti lebih besar.

“Mungkin dia ingat rezeki ke apa tak tahu. Tapi memang barai semua jenama-jenama ini ambil kesempatan isu kita ini,” pujuk Aliff terhadap NRF.

Paling mengejutkan ramai, respons NRF terhadap pemilihan Bella sebagai duta disamakan sebagai binatang.

“Bella ambil Kitsui juga rupanya. Dia tak malu ke. Kalau saya tak ambil.

“B** untuk b** kan. Sesuailah,” ujar NRF.

Menerusi tangkap layar berbeza, dua individu tersebut juga sedang merangka strategi jika kes mereka dibicarakan kelak.

“Saya rasa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah) akan ‘make example out of us’ tau. Bersedialah.

“Wakil peguam kita perlu bertungkus lumus untuk prosedur mitigasi sekiranya kita mengaku bersalah,” kata Aliff.

Dalam masa sama, NRF turut dilihat mempersoalkan tindakan Bella membuat pelbagai pendedahan tentang kemelut rumah tangganya kepada umum sedangkan dia dan Aliff masih berdiam diri.

“Tak mengapa tiga bulan lagi yang itu (perbicaraan kes khalwat). Jangan fikir dulu, fokus apa yang ada di depan kita dulu.

“Cukuplah. Kita sudah banyak bersabar. Tak cakap apa-apa untuk dua minggu ini,” jelasnya.

Berang dengan tindakan Bella, NRF turut mendakwa Bella telah menghantar e-mel kepada jenama-jenama beberapa produk agar berhenti menjalin kerjasama dengannya.

NRF juga meminta Aliff agar tidak lagi terus menyebelahi isterinya dan berpendapat sudah tiba masa membongkar segala-galanya.

“Pasukan dia emel jenama-jenama yang bekerja dengan saya untuk berhenti bekerjasama.

“Awak nak pertahankan dia lagi? Nak simpan lagi segala yang dia buat? Sudah masanya untuk meletup,” kata NRF.

Aliff dalam salah satu tangkap layar turut melahirkan rasa kecewa apabila ibunya, Siti Hafiza turut menjadi mangsa dalam kemelut rumah tangganya dengan Bella.

Tidak membiarkan Aliff seorang diri, NRF memujuk pelakon itu dengan berkata, Tuhan sentiasa ada dan mampu mengubah segala-galanya.

“Allah ada, Dia maha Besar. Netizen ini semua hamba Dia. Allah sahaja boleh ubah segala-galanya.

“Awak dengan Umi, Allah angkatkan darjat insya-Allah,” ujar NRF pada Aliff.

Bukan itu sahaja, beberapa nama selebriti lain dipercayai turut terpalit dalam perbualan NRF dengan Aliff seperti Chacha Maembong dan Emma Maembong.

Hasil pemerhatian, tangkap layar tersebut turut memaparkan dua individu tersebut saling membahasakan diri antara satu lain dengan ganti nama romantis seperti sayang dan cinta.

Pada Isnin lalu ,nama Sarah menjadi bualan hangat selepas dia mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula bercinta sejak Januari lalu.

Katanya, pendedahan tersebut dilakukan sebaik melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Rentetan daripada itu, Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, suaminya enggan untuk bercerai atas alasan masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *