December 18, 2024

Ahli pembangkang di parlimen Malaysia menunjukkan sikap yang tidak profesional dan memalukan apabila ‘bersuara’ di Dewan Rakyat di dalam apa juga isu yang mereka bawa termasuk isu “Palestin”.

Pembangkang cuba memesongkan minda rakyat yang sedang memfokuskan tentang pembentangan Belanjawan 2024 dengan pelbagai tohmahan dan mesej negatif terhadap Kerajaan Madani melalui apa yang sedang berlaku di Palestin.

Bermula dengan serangan fitnah terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang dijadikan sasaran utama kononnya ‘tidak kuat’ di dalam menyuarakan pendirian Malaysia di dalam isu tersebut.

Walaupun PM dan kerajaan Madani membuat ‘himpunan rasmi’ di Stadium Axiata dan juga telah bertemu dengan pemimpin utama negara Arab termasuk putera Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dan menyatakan pendirian serta pandangan Malaysia mengenai konflik kezaliman terbaharu Israel terhadap rakyat Palestin, pembangkang di Malaysia kekal dengan menyebarkan persepsi jahat bahawa PM tidak bersungguh.

Memalukan apabila himpunan solidariti Palestin di hadapan Kedutaan Amerika dijadikan bahan politik murahan seolah ada pertandingan demostrasi “siapa terpaling Palestin”

Juga apabila PM mendedahkan Malaysia menerima surat ‘démarche’ dari Amerika, pembangkang juga cuba meremehkan kononnya Malaysia sepatutnya memanggil Duta Malaysia ke Amerika pulang sebagai tanda protes. Semua tidak kena pada mata dan selera anak tekak pembangkang. Sedangkan ianya perlu interpretasi dengan lebih cermat.

Terbaharu, isu Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di peringkat sekolah oleh Kementerian Pendidikan, pembangkang lagi sekali menunjukkan sikap dan sifat yang terlalu keanakan dan jauh dari garis ahli parlimen yang berwibawa.

Apabila Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menjelaskan dengan bahasa yang paling mudah berhubung isu ‘takbir’ dan ‘qunut nazilah’, ahli parlimen pembangkang mula menyerang seolah Fadhlina telah melakukan dosa besar kerana tidak mewajibkan laungan takbir dan bacaan qunut tersebut ketika program tersebut diadakan di seluruh sekolah di negara ini.

Sukarkah untuk memahami bahawa ada sekolah yang muridnya bukan beragama Islam tetapi bersama untuk bersolidariti dan ada sekolah yang muridnya bercampur antara Islam dan bukan Islam.

Tiada syarat wajib apabila berdemostrasi maka perlu melakukan perkara tersebut seolah-olah ianya ‘rukun berdemostrasi’.

Paling utama mesej yang ingin disampaikan kepasa Israel dan dunia bahawa Malaysia yang mana Islam sebagai agama rasmi persekutuan mampu menyatukan rakyat berbilang anutan untuk bersolidariti menolak kekejaman Israel dan Zionis.

Akhirnya di penutup sesi perbahasan bajet 2024, paling ketara adalah ahli parlimen pembangkang lebih bersuara kepada bajet untuk mereka sebagai ahli parlimen dan bukannya isu setempat yang mereka bawa bagi mewakili parlimen masing-masing.

Tembolok mereka lebih utama, yang lain hanyalah bahan dan modal politik murahan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *