December 18, 2024

Kenapa Kerajaan Madani boleh diterima di Pahang dan Johor? Jawabnya mudah, kerana rakyat inginkan kemakmuran dan perubahan hidup berterusan dan bukannya dibuai dengan janji palsu termasuk janji ke syurga.

Keputusan pilihanraya kecil di Dun Pelangai, Pahang, Dun Simpang Jeram dan Parlimen Pulai di Johor yang berpihak kepada parti gabungan kerajaan Madani membuktikan rakyat menerima sebuah kerajaan pusat yang terbina hasil dari permaufakatan selepas dari pilihanraya umum ke-15 baru-baru ini.

Keputusan PRU15 mengejutkan keseluruhan parti politik yang bertanding kerana tiada satu pun gabungan parti yang memperolehi jumlah undi yang membolehkan mereka untuk menubuhkan kerajaan. Parti politik yang setuju bergabung sahaja boleh membentuk kerajaan dan akhirnya Pakatan Harapan yang memperolehi jumlah kerusi terbanyak bersetuju untuk bergabung dengan musuh tradisi politiknya, UMNO-BN bagi menubuhkan kerajaan pusat. Parti lain menolak kerana tidak diberi keutamaan menjadi Perdana Menteri dan sehingga ke hari ini nampak sangat kekesalan di wajah pemimpin mereka.

Dari situ bermulalah langkah penyebaran “hadis dan firman palsu” yang dilihat berkesan untuk merosakkan minda rakyat. Hubungan DAP dan UMNO menjadi sasaran utama. Pelbagai hadis dan firman karut dikeluarkan bagi menampakkan betapa UMNO tidak lagi berjuang untuk orang Melayu dan Bumiputra. UMNO-BN menjadi haiwan tunggangan DAP dan Islam bakal berada di posisi yang tidak baik. Fatwa haram mula ditiupkan sedangkan merekalah rakan sekutu DAP untuk dua penggal berturut-turut melawan UMNO-BN.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri l turut menjadi sasaran. Sesetengah pengundi tidak nampak isu Zahid. Di pilihanraya kecil Simpang Jeram dan Pulai di Johor isu kes Zahid dilepas tanpa dibebaskan(DNAA) dijadikan bahan serangan modal politik tetapi di Pelangai. Pahang isu tersebut diarahkan jangan dimainkan. Naifnya sesetengah pengundi, ditipu hidup-hidup.

Angka keputusan pilihanraya di Dun Pelangai sama dengan Dun Simpang Jeram dan Parlimen Pulai. Ianya adalah angka baharu sebagai rujukan atau analisa tepat apabila adanya pilihanraya di masa hadapan. Angka yang diperolehi ini adalah angka sokongan kepada penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Madani yang dibentuk tidak sampai pun satu tahun.

Jumlah undi yang diperolehi sebelum ini(PRU15) bagi BN dan Pakatan Harapan adalah hasil sentimen sokongan yang berbeza termasuk bagi warga peneroka yang sejak beberapa penggal ini sememangnya tidak sepenuhnya menyokong Kerajaan BN walau pun mereka tidak pernah diabaikan.

Termakan hasutan dengan fatwa karut adalah faktor utama. Dan jika dilihat kepada angka kekalahan di peti undi kelompok peneroka, UMNO-BN bukan ditolak secara total.

Hanya masa menentukan dan hanya perancangan serta penerangan pihak berwajib yang boleh mengubah minda warga peneroka. Ada yang sudah mula melupakan asal-usul mereka dan ianya belum memasuki ‘zon kritikal’ lagi.

Generasi kedua dan seterusnya yang meraih rezeki di luar kawasan mungkin sudah lupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *