October 18, 2024

Cerita kejayaan Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar dari UMNO-BN.

  1. Pahang mencatatkan KDNK Nasional ke-3 terbaik di belakang Selangor dan Pulau Pinang dengan rekod capaian KDNK 10.8% pada tahun 2022.
  2. Hanya 4 negeri sahaja termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melepasi KDNK Nasional dan Pahang di tempat ke tiga di belakang Selangor dan Pulau Pinang.
  3. Pahang mencapai pendapatan sebanyak RM1.288 bilion bagi tahun 2022 dan hanya 4 negeri sahaja yang mencatat pendapatan melebihi RM1bilion dan Pahang adalah antaranya. Tiga lagi negeri adalah Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  4. Hutang negeri Pahang dari RM3bilion berjaya dikurangkan kepada hanya RM900juta.

Bagaimana dengan kedudukan negeri di bawah PAS Perikatan Nasional?

Negeri mana yang terpaksa berhutang untuk membayar gaji penjawat awam?

Negeri mana yang menjual tanah milik kerajaan negeri secara berleluasa dengan harga terlampau murah kepada entiti PAS termasuk kepada persatuan isteri wakil rakyat PAS?

Negeri mana pemimpin kaya dan mewah termasuk isu pembelian kereta mercedes kepada Exco sedangkan rakyat terpaksa keluar mencari sesuap nasi?

Perhatikan, Menteri Besar PAS lebih pentingkan isu berjumpa dengan Perdana Menteri dan bukannya meletakkan permasalahan rakyat masing-masing menjadi keutamaan.

Hasil bumi yang bernilai tinggi tetapi negeri di bawah pentadbiran PAS jauh terkebelakang di dalam senarai negeri berpendapatan tinggi. Kemana pergi hasil bumi itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *