Oleh Shah Midzam
Apa yang PN harapkan adalah kekalahan BN-PH dalam PRN ini.
Mereka berharap BN-PH akan bercakaran dan saling menyalahkan atas kekalahan tersebut sehingga kerajaan akan berantakan. Kemudian PN akan terus mara menggugat kerajaan.
PN sangat terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut. Ramai pemimpin mereka berdepan dengan kes mahkamah. Mahu tidak mahu, mereka akan nekad melakukan apa saja.
Apa yang mereka sasarkan adalah merebut undi penyokong UMNO agar memboikot PRN.
Mereka membangkitkan semula sentimen anti DAP dan PKR dalam kalangan penyokong UMNO.
Tentu saja ia akan berbekas kerana pemusuhan lama UMNO vs PKR-DAP ini.
Jadi, apa yang mahu disampaikan adalah, penyokong UMNO mesti menyedari silap mata dan tipu daya ini.
Mereka mesti mempertahankan kerajaan perpaduan dalam PRN ini untuk mempertahankan UMNO itu sendiri.
Undi DAP atau PKR atau UMNO, adalah bermakna mempertahankan UMNO itu sendiri dalam kedudukan semasa UMNO yang kritikal ini.
Runtuhnya kerajaan perpaduan akan menghempap UMNO itu sendiri.
Fikirlah secara rasional, bukan emosi!