December 18, 2024

Menurut wanita yang membuat akaun bersumpah bahawa beliau terlanjur dengan calon Pas Dun Kemasik diketahui oleh beberapa pemimpin tertinggi Pas Terengganu termasuk Presiden Pas, Hadi Awang.

Wanita yang bernama Ezza Suria membuat pengakuan awal berkenaan masalah beliau dan Saiful Azmi, calon Pas Kemasik kepada:

  1. Ahli Parlimen Pas Kemaman, Alias Abdul Hamid
  2. Adun Chukai, Hj Hanafiah
  3. Anak Haji Hadi
  4. Haji Hadi
  5. Penceramah bebas Pas Terengganu
  6. Pegawai Kanan Saiful
    Dan ramai lagi.

Apa butiran pengakuan Ezza kepada mereka ini:-

  1. Pernikahan di Golok Thailand
  2. Ditinggalkan oleh Saiful begitu sahaja setelah isteri pertamanya tahu.
  3. Terlanjur berzina ketika masih menjadi isteri orang.
  4. Saiful memujuknya meminta cerai dari bekas suaminya
  5. Bagaimana Saiful menipu membuat tuntutan palsu terhadap program Penjana-Socso

Tiba-tiba hari ini Pas Terengganu cuba membawa naratif bahawa ini perancangan UMNO BN Terengganu.

Asas kes ini adalah bagaimana Ezza ingin penjelasan dari Saiful kenapa tiba-tiba beliau ditinggalkan begitu sahaja dan terdengar khabar angin beliau diceraikan dengan talaq 3.

Pas Terengganu sepatutnya malu dan lebih bermaruah apabila melibatkan aduan dari isteri yang teraniaya tambahan pula isteri seorang pemimpin, Adun Kemasik ketika itu.

Menurut sumber, Ezza telah menghantar rakaman suara bersumpah laknat kepada Hadi Awang melalu anaknya Halil kerana Hadi hanya memanggil Saiful untuk memberi penjelasan dan tidak memanggilnya bersama.

Jika Hadi Awang boleh menerima Saiful sebagai calon Dun Kemasik hanya kerana beliau bersumpah di hadapan Hadi Awang, bagaimana dengan sumpah laknat Ezza?

Untuk rekod, Ezza adalah ahli Pas kawasan Kemasik dan berusaha meluahkan segala permasalahannya kepada pemimpin Pas pada ketika itu tetapi dipandang sepi malah tidak dilayan.

Mungkin Hj Hanafiah lupa apa yang beliau ucapkan kepada Ezza apabila Ezza menghubunginya.

Best berzina?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *