November 15, 2024

GUNUNG Qaf atau gunung ghaib merupakan gunung yang Allah SWT sembunyikan keberadaannya dari manusia. Gunung itu kononnya didiami oleh Nabi Khidir.

Sebagaimana namanya, gunung ghaib ini tidak dapat dilihat oleh manusia. Hanya beberapa orang soleh sahaja yang boleh sampai ke sana. Di antaranya Raja Iskandar Dzulqarnain.

Gunung ghaib yang konon ditempati Nabi Khidir ini telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya. Sebagaimana dipetik dari sumber, gunung ghaib ini memang tidak diketahui oleh manusia.

Keberadaan Gunung Qaf yang sangat besar dan diperbuat dari zamrud berwarna hijau. Memandangkan gunung ini diselimuti warna hijau zamrud, maka ini mempengaruhi warna langit yang kita saksikan.

Gunung ghaib  memang dijaga oleh makhluk ghaib, tapi bukan jin. Dia adalah malaikat. Dikatakan bahwa malaikat yang menjaga Gunung Qaf ini sangat besar, kekal, dan kuat, sebagaimana gagahnya gunung ghaib itu. Ibarat manusia, Gunung Qaf ini adalah raja dari gunung di Bumi yang merupakan uratnya untuk menjaga keseimbangan Bumi. Jika urat-urat Gunung Qaf tidak menjaga keseimbangan Bumi, nescaya Bumi ini akan bergoncang dahsyat dan membahayakan manusia. 

Keberadaan Gunung Qaf diterangkan oleh Rasulullah SAW ketika salah seorang sahabatnya bertanya. Sayyidina Abdullah bin Salam bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulallah, dengan apa Bumi ini boleh tenang?”

Rasulullah lantas menjawab: “Dengan beberapa gunung”.

Kemudian Sayyidina Abdullah bin Salam bertanya lagi: “Lalu dengan apa gunung-gunung itu dikukuhkan?”

Rasulullah menjawab:  “Dengan Gunung Qaf yang terbuat dari zamrud hijau dan birunya langit.”

Pernah juga dikisahkan bahwa Raja Iskandar Dzulqarnain telah sampai dan naik ke tempat Gunung Qaf tersebut. Mengenai letak gunung ghaib ini, ada yang mengatakan di antara Yordania dan Arab Saudi. 

Namun ada juga yang mengatakan letaknya ada di daerah Yaman. Selain itu, ada  yang menyebut Gunung Qaf berada di suatu tempat sebelum Pars, dekat tembok Ya’juj dan Ma’juj.

Malah ada yang mengatakan bahwa Jabal Qaf dihuni oleh para wali Allah yang berjumlah 70 orang kerana menjauhkan diri dari duniawi. Di sisi lain, ada pula yang mengatakan bahawa dekat gunung ghaib ini ada sebuah pulau yang bernama al-Khadr, iaitu tempat bertemunya arus sungai dan laut. Pulau itu dihuni oleh Nabi Khidir AS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *