December 18, 2024

Bau wangi yang datang dari tempat duduk penumpang tidak menghilangkan fokus pemanduan seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Mencari rezeki, pelbagai permintaan aneh yang dipinta pelanggannya dituruti dengan rela tanpa sebarang syak wasangka.

Namun siapa sangka, perjalanan pada malam hari yang ditempuhi oleh pemandu e-hailing itu bakal berakhir dengan penuh misteri.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, pemandu berkenaan menyifatkan kejadian mistik itu sebagai pengalaman berharga.

Berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, kejadian misteri itu bermula apabila pemandu berkenaan menerima tempahan daripada seorang wanita.

Berbaju kurung, lelaki itu menyifatkan penumpangnya sebagai seorang wanita yang sangat pendiam dan wangi orangnya.

“Memang tiada syak apa-apa. Mula masuk kereta dia meminta untuk membuka cermin. Nasib hujan tak lebat. Hanya perkataan ‘ya’ keluar dari mulutnya.

“Apabila tiba saja tempatnya (destinasi), saya cakap dah sampai. Tapi tiada balasan darinya. Sekali bila pandang belakang, orang dah tiada,” kongsinya.

Menjadikan tanah perkuburan sebagai destinasi, wanita misteri itu hanya meninggalkan wang lama bernot RM1, RM2 dan beberapa keping duit syiling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *