TATAKELOLA siasatan pihak polis terhadap sesuatu perkara bukan hanya bergantung kepada laporan dari yang kena tuduh sahaja kerana tanpa laporan yang dibuat, pihak polis boleh melakukan siasatan berdasarkan senario kes dan pertimbangan pihak berkuasa tersebut.
Di dalam isu sebaran WhatsApp yang kononnya dikatakan perbualan berbaur lucah dan rasuah antara seorang wanita dan exco Melaka, ianya banyak menimbulkan keraguan.
Aplikasi WhatsApp boleh dibuat dengan mudah hanya melalui dua unit telefon bimbit kerana kita boleh meletakkan apa sahaja nama antara keduanya. Tiada syarat dan sekatan diberikan oleh pihak kendali WhatsApp dengan pengguna bagi hantaran mesej secara individu.
Pihak kendali aplikasi WhatsApp juga tiada sebarang syarat yang ketat sekiranya pengguna ingin mewujudkan ruang mesej berkumpulan atau “WhatsApp Group”.
Timbul persoalan kenapa Ali yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Melaka yang tewas kepada YB Datuk Rais Yasin, Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka dalam pemilihan UMNO baru-baru ini kelihatan ‘kepanasan’ apabila YB Datuk Rais menjawab bahawa beliau serahkan kepada kebijaksanaan polis?
Menurut Datuk Rais, beliau umpamakan jika seorang yang dituduh mencuri tidak perlu membuat laporan polis, tuan rumah yang dimasuki pencuri yang sepatutnya membuat laporan tersebut. Ini bermaksud bahawa wanita yang mengaku menerima sejumlah wang dan berhubungan seks itu yang sepatutnya tampil membuat laporan polis.
Amat cetek pemikiran dan dangkal bagi seorang Timbalan Speaker Dewan Negara apabila menjadikan laporan polis sebagai asas kebenaran sesuatu kes fitnah.
Najib Razak difitnah dengan konspirasi terancang, adakah dengan beliau membuat laporan polis maka fitnah tersebut akan lenyap begitu sahaja?
Perancangan jahat disusun dengan teliti untuk menjatuhkan atau membunuh karektor musuh terutama musuh politik.
Pihak polis boleh mulakan siasatan terhadap individu bernama “Zaharin” yang bersumpah laknat bahawa beliau mendapat sumber bukannya dari Ali. Dari situ bukti akan muncul siapa yang sebenarnya dipihak yang betul kerana sumpah laknat tidak cukup untuk membersihkan diri sebagai dalang.
Turut menjadi persoalan, naratif Ali dan Mansor Bai adalah sama, laporan polis ‘pembersih’ nama.