December 18, 2024

KJ dan Shahril Hamdan nampaknya masih tidak mampu untuk bergerak ke hadapan bagi memulihkan imej mereka akibat kekalahan teruk di pilihanraya umun ke-15 lalu.

Masih nampak tertekan dengan penolakan rakyat terhadap mereka berdua. KJ dengan egonya yang belum habis walaupun kalah terduduk dengan calon tidak ternama akibat menggunakan pendekatan beliau sedang menuju kepada jawatan Perdana Menteri sekiranya menang di parlimen Sungai Buluh.

Shahril Hamdan pula kalah kali kedua berturut-turut. Bertanding di Selangor pada PRU14 dan di Melaka pada PRU15. Peluang cukup besar diberikan kepadanya termasuk dengan sandaran jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan juga pegawai khas kepada Perdana Menteri. Kedua jawatan tersebut tidak mampu memberikan kemenangan kepadanya walaupun beliau diberikan kerusi selamat di Melaka. Entah apa ‘suwey’ beliau pun tidak dapat dipastikan.

Sekarang, kedua mereka menggunakan rakaman saluran media sosial yang baru ditubuhkan oleh mereka sendiri untuk memastikan ‘muka’ mereka sentiasa berada di pasaran politik negara. Cara paling mudah adalah dengan memainkan isu yang sedang hangat diperkatakan dan membuat penafsiran atau kenyataan melawan arus supaya sentiasa menjadi perhatian rakyat. “Bad marketing is a good marketing”. Letak tepi maruah diri semata-mata untuk menjadi sebutan ramai. Itu matlamat kedua mereka yang masih dilihat tidak mampu menutup malu akibat kekalahan di PRU yang lepas.

Ada yang berpandangan, KJ bertindak melaga-lagakan antara UMNO dan PH untuk merenggangkan hubungan Zahid-Anwar dan Zahid-Najib pada waktu yang sama. Termasuk untuk mengalihkan isu kerugian kerajaan hampir RM100 juta di dalam urusan pembelian vaksin yang wujudnya lambakan lebihan tamat tempoh.

Mungkin SPRM sedang menyiasat pembelian vaksin yang begitu ketara pembazirannya. Siapa yang untung?

Pihak yang begitu takut dengan keakraban Zahid-Najib dan Zahid-Anwar tidak akan berdiam diri kerana pilihanraya negeri juga semakin hampir dan ramai pemimpin mula menjadi kluster mahkamah akibat penyelewengan wang rakyat di dalam pelbagai skandal kewangan rakyat terutama skandal Janawibawa.

Boleh nampak jelas tahap kebencian KJ terhadap Presiden UMNO dan Najib. Shahril pula dilihat hanya sekadar budak suruhan yang akan berbuat apa sahaja suruhan dari KJ. Dah jadi hamba politik KJ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *