December 18, 2024

Muhyiddin tiba-tiba mengeluarkan dakwaan liar kononnya saluran pengampunan untuk Najib Razak menggunakan strategi desakan politik.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan di dalam mesyuarat bahawa kepimpinan tertinggi UMNO akan mengadap YDPA untuk menyembah maklum agar Najib Razak diampunkan dan dibebaskan. Tiada di dalam agenda UMNO untuk turun ke jalan raya dan melakukan demostrasi.

Sejak dari awal pendakwaan rakyat sudah nampak seperti ada yang tidak kena di dalam pendawaan terhadap Najib Razak. Bermula dengan mendakwa tanpa dokumen lengkap, perlantikan hakim yang diragui termasuk bukti yang baharu tidak diterima pakai.

Sepanjang tempoh tersebut, UMNO tidak pernah menggunakan kaedah desakan politik seperti himpunan besar-besaran di jalan raya termasuk dengan ceramah berapi-api.

Namun apabila Muhyiddin di hadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan mengambil rasuah berjumlah hampir RM500 juta melalui projek khas Janawibawa, rakyat boleh menilai apa yang Muhyiddin dan kuncu-kuncunya lakukan. Dari mula dia tiba di SPRM hingga ke mahkamah dan akhirnya di dewan parlimen. Kesemuanya cuba mengatakan Muhyiddin bersih dan dianiaya.

Bukan setakat Muhyiddin, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang dituduh menerima rasuah hampir RM7 juta juga berlaku senario yang sama.

Cuma amat menghairankan apabila melalui pendakwaan rasuah yang sama iaitu menerima rasuah melalui projek Janawibawa, Timbalan Ketua Bahagian PPBM Segambut yang juga sepupu kepada menantu Muhyiddin, didapati tiada sebarang cerita termasuk isunya tidak berbunyi langsung di dalam dewan parlimen. Kenapa tiada tindakan seperti kes Muhyiddin dan Wan Saiful?

Najib Razak hanya meminta perbicaraan yang adil dan bukannya mengajak ahli UMNO mendedak kerajaan membebaskannya. Apabila jalan buntu maka kepimpinan UMNO membuat keputusan untuk sembah mengadap YDPA bagi memperolehi perkenan dari baginda.

Berbeza dengan Muhyiddin, belum masuk gelanggang sudah mula serangan politik, orang ini dan itu yang salah dan bukannya beliau meminta perbicaraan yang adil.

Duit tidak merangkak dengan sendiri ke akaun parti.

Ceramah politik Muhyiddin di bulan puasa pun cuba memutar belit fakta yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *