December 22, 2024

Walaupun diserang secara terbuka oleh pembangkang di parlimen berhubung perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya membuktikan dirinya layak berada di posisi tersebut tanpa perlu melawan serangan dengan jawapan yang tidak munasabah.

Terbukti Zahid yang juga Presiden UMNO mendapat kepercayaan penuh daripada Perdana Menteri dan juga barisan menteri kabinet Kerajaan Madani.

Walaupun serangan dari pembangkang bertali arus dengan menggunakan alasan bahawa Zahid berhadapan dengan lebih 40 kes pendakwaan namun cubaan tersebut sebenarnya hanya memakan diri. Dari lebih 80 pertuduhan, kini hanya tinggal lebih kurang 40 pendakwaan dan tuduhan tersebut sudah mula ‘kelihatan longgar’ dalam siri pembelaan.

Dari mula lagi Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10 menjawab isu ini dengan menegaskan bahawa selagi mahkamah tidak membuat keputusan terhadap Zahid maka ianya tidak bermakna Zahid sudah bersalah. Anwar juga telah menjawab secara rasmi di parlimen di dalam pelbagai sesi soal-jawab termasuk pada hari Perdana Menteri menjawab soalan secara langsung dan berdepan dengan semua pihak.

Bukan setakat jawapan yang Anwar berikan tetapi tindakan susulan seorang Perdana Menteri yang telah merestui Presiden UMNO sebagai sebahagian daripada anggota pentadbiran utama Kerajaan Madani membuat beberapa perlantikan bagi pemimpin utama UMNO sebagai pengerusi di beberapa syarikat milik penuh kerajaan seperti Risda, MARA dan Felcra.

Perlantikan di agensi strategik yang menjadikan Melayu dan bumiputra sebagai teras kepentingannya membuktikan bahawa Zahid dan UMNO mendapat kepercayaan Perdana Menteri dan kabinetnya serta terus menjadikan UMNO sebagai parti yang melindungi Melayu dan juga Bumiputra.

“A good stories of Zahid” adalah kunci kekuatan Presiden UMNO ini. Rakyat sudah boleh membuat perbandingan antara kes “dianiaya menggunakan wang sendiri untuk membantu Melayu, bumiputra dan Islam” berbanding dengan kes “wang yang sepatutnya dimanfaatkan kepada rakyat melalui pembayaran cukai diselewengkan ke akaun parti politik dan rompakan terancang ketika rakyat dikurung”. Perlu ditegaskan bahawa perbandingan rakyat ini bukan bertujuan untuk menghina mahkamah dan juga tidak berniat untuk mengganggu proses mahkamah yang sedang berjalan.

Sepanjang puluhan tahun menghambakan diri sebagai anggota kabinet kerajaan termasuk dua kali menjadi Timbalan Perdana Menteri, tidakkah pemimpin dan ahli politik pembangkang berfikir tentang rekod perkhidmatan Zahid selama ini?

Ahli UMNO juga perlu sedar peranan besar Zahid ketika adanya pihak talibarut kepada musuh politik UMNO cuba menjual dan menguburkan UMNO. Bukan sekali dua cubaan untuk menghancurkan UMNO tetapi usaha jahat tersebut berlaku sehingga kepada tarikh pemilihan kepimpinan UMNO di pelbagai peringkat baru-baru ini.

Pelbagai ugutan sebagai tekanan kepada Zahid namun ahli UMNO bertuah kerana Presidennya bukan jenis individu yang mengejar kepentingan diri melalui ledudukan.

Terkini, Zahid berjaya memperolehi secara kekal paspot antarabangsanya dari mahkamah atas dasar urusan kepentingan negara. Ini membuktikan betapa Zahid adalah “Man of good stories”. Apabila mahkamah meneliti melalui pelbagai sudut, keputusan yang tepat dibuat berdasarkan kredibiliti Zahid.

Ahli UMNO bersyukur mempunyai seorang Presiden yang berprinsip dan ada semangat juang yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *