December 24, 2024

SENARIO terkini pemilihan kepimpinan UMNO bahagian di Melaka meyaksikan perubahan drastik pucuk pimpinan termasuk kekalahan mengejutkan pegawai-pegawai Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Dr Haji Sulaiman bin Md Ali.

Walaupun kepimpinan UMNO di pelbagai peringkat umumnya mengetahui bahawa Sulaiman telah menghantar surat niat melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka beberapa bulan yang lalu namun akhir-akhir ini mereka boleh melihat bagaimana telah pun berlaku perubahan kepimpinanUMNO terutama apabila melibatkan kedudukan Sulaiman itu sendiri.

Bermula daripada Sulaiman melepaskan jawatannya sebagai Ketua cawangan Durian Daun, keputusan pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 menyaksikan pegawai-pegawai beliau kalah dan ada yang gagal mempertahankan jawatan yang disandang sepenggal yang lalu.

Datuk Hj Ahyad Abdullah, merupakan Setiausaha khas Ketua Menteri telah tewas di dalam pemilihan peringkat Ajk Bahagian Tangga Batu. Datuk Roslan Haji Ahmad, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Bahagian Jasin. Manakala Datuk Ghafar Misdar, Setiausaha Khas Ketua Menteri, tewas bagi jawatan Naib Ketua Bahagian Alor Gajah.

Malah di bahagian Masjid Tanah, Sulaiman menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian kerana kesepakatan yang ditunjukkan oleh ahli akar umbi di bahagian tersebut supaya tiga jawatan teratas tidak dipertandingkan. Kredibiliti Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh adalah faktor utama mendorong ahli akar umbi membuat keputusan tersebut.

Senario terkini politik di Melaka juga akan memberi impak kepada kedudukan ekonomi negeri kerana pelabur akan membuat keputusan berdasarkan kedudukan ‘kestabilan politik semasa negeri’ juga.

Justeru menurut pandangan penganalisis politik dan ekonomi tempatan, Presiden UMNO perlu bertindak segera supaya kepentingan kerajaan UMNO-BN Melaka mampu terus menyakinkan rakyat. Dalam suasana penerimaan rakyat terhadap UMNO-BN selepas PRU15, kepimpinan kerajaan di Melaka wajar diberi perhatian yang serius.

Jangan sampai bukan setakat pelabur lari tinggalkan negeri, rakyat pula beralih arah kepada parti politik yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *