BODO atau bodoh adalah perkataan yang tidak lekang pada bibir Azhar Idrus yang kembali meraih populariti setelah merudum akibat ‘video panas’ yang dikatakan miripnya tersebar satu ketika dulu.
Bagaimana seorang yang lepasan pondok boleh terlepas ilmu asas perundangan yang mana penjelasan mengenai royalti minyak bukan suatu yang menjadi rahsia.
Bagaimana Azhar boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas yang kandungannya bersetuju bayar sedangkan yang sebenarnya adalah Perjanjian Pembayaran Wang Tunai yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan Kelantan dan Terengganu memperuntukkan dua negeri itu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak lima peratus untuk petroleum yang didapati dan diperolehi dalam jarak tiga batu nautika dari garis air surut.
Hakikatnya juga Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar tiga batu nautika dari garis air surut wilayah Kelantan dan Terengganu.
Tetapi kerajaan pusat dengan rasa tanggungjawab telah kerajaan persekutuan telah menyalurkan wang ehsan ke negeri-negeri yang berhampiran dengan kawasan penggalian petroleum, termasuk Kelantan dan Terengganu, untuk projek yang memberi manfaat kepada rakyat.
Kenapa Azhar idrus tidak menjelaskan perkara yang benar di sesi celoteh agamanya?
Malah Azhar dilihat seperti ejen mengempen pilihanraya apabila dengan nada marah mengeluarkan hadis Nabi seolah wang royalti itu hanya milik orang Islam sedangkan di Terengganu dan Kelantan ada penganut agama lain juga sebagai rakyat di sana.
Akhirnya color sebenar Azhar Idrus keluar juga. Dia adalah penceramah pro Pas yang mana sebelum ini pernah menyerang kerajaan Pas Terengganu di awal pemerintahan Pas di sana.
Duit royalti minyak dengan wang ehsan pun gagal memahaminya. Usahlah jadi batu api.
Mungkin sudah membuat pusingan-U, anda boleh agak kenapa. “Paham dok lagihhhh”