December 18, 2024

“Pak Lah melepaskan jawatan selepas gagal mempertahankan majoriti 2/3 Barisan Nasional. DS Najib melepaskan jawatan selepas BN kalah 2018.

Apabila kita kalah 2022, jika tidak mahu meletak jawatan pun, sekurang-kurangnya jangan halang pemilihan parti”- ini adalah sebahagian intipati temuramah Khairy Jamaluddin
(terjemahan dari wawancara dengan Radio BFM, 30 Jan 2023).

KJ masih gigih berusaha untuk mengelirukan ahli UMNO seluruh negara dan tidak berputus-asa untuk bangkitkan kebencian ahli kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun telah dipecat secara rasminya daripada UMNO.

Naratif bahawa Zahid yang menghalang pemilihan jawatan presiden dan timbalan presiden terus dicuba bagi mengalihkan perhatian ahli kepada faktor sebenar kenapa beliau dipecat.

Hakikat sebenarnya KJ menjadi gila meroyan adalah kerana dendam terhadap kekalahan pada pemilihan jawatan presiden empat tahun lalu kepada Zahid.

Pada penggal yang lalu, KJ, Ku Li dan Zahid bertanding untuk jawatan presiden dan Zahid memenangi pemilihan tersebut dengan majoriti yang besar.

Pada awalnya kerusi presiden ketika itu umpama tiada siapa yang ingin masuk bertanding kerana UMNO buat pertama kalinya berada di blok pembangkang. KJ memujuk Ku Li untuk berlawan supaya Zahid tidak menang percuma.

Tetapi apabila melihat peluang terbuka luas dengan congakan tamak haloba, KJ sendiri masuk menawarkan diri. Ahli UMNO dihidangkan dengan lakonan KJ yang gila kuasa, Ku Li terkejut dengan permainan politik KJ dan menganggap dirinya dipermainkan.

Ahli UMNO melihat dan menyaksikan bahawa Zahid adalah kesinambungan kepimpinan UMNO masakini kerana keserasian persahabatan yang erat antara Najib dan Zahid. Akhirnya Zahid menang besar.

KJ malu dan berdendam maka di saat itulah tingkah tamak haloba dan mula berhalusinasi bahawa beliau adalah calon PM paling layak ketika PRU15.

“Saya reformis parti dan parti saya sudah sesat. Undilah saya supaya saya dapat jadi PM” ini antara ungkapan KJ di kempen PRU15 yang membunuh dirinya sendiri.

Paling memalukan apabila KJ mengecam hebat kerajaan tebuk atap yang diketuai oleh Muhyiddin dan Ismail Sabri tetapi akhirnya beliaulah penjilat Muhyiddin paling nombor satu apabila ditawarkan jawatan menteri.

KJ beranggapan dengan jawatan menteri beliau boleh menghina Zahid saban waktu. Banyak kenyataan KJ mengguriskan hati ahli UMNO apabila beliau terus menerus menghina Zahid dan Najib.

Bagaikan penagih candu, penghisap ais, KJ boleh lupakan apa yang Muhyiddin lakukan terhadap mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi. Semua orang tahu Muhyiddin ketika itu adalah budak Mahathir tetapi KJ lebih condong menyerang Zahid.

Bagaimana pula tiba-tiba KJ boleh mengeluarkan kenyataan Zahid menghalang pemilihan parti jika pada penggal yang pertandingan dibenarkan? Kali ini perwakilan PAU2022 yang membuat keputusan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Kini usaha KJ hanya mengalihkan perhatian ahli UMNO dan rakyat Malaysia terutama terhadap skandal harga vaksin dan vaksin tamat tempoh.

Berbilion duit rakyat lesap?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *