December 18, 2024

APABILA sepupu kepada menantu Muhyiddin ditangkap oleh SPRM bagi kes penyelewangan dana rakyat RM92.5 bilion, proses “connecting the dots” mula menampakkan kenapa geng broker terlalu gigih berusaha untuk menjatuhkan Zahid.

Alasan utama yang geng broker gunakan untuk menghasut ahli UMNO dan berjaya adalah Zahid ada kes di mahkamah dan wajib berehat.

Hanya alasan itu sahaja nampak kukuh seperti mana mereka gunakan untuk melemahkan UMNO-BN dengan membawa naratif Najib ke penjara kerana rasuah.

Tetapi apabila semakin terbongkar kes salah laku di bawah pentadbiran Muhyiddin, geng broker sudah mulai panik.

Bukan hanya kes rasuah di dalam pemberian kontrak atas nama pakej rangsangan ekonomi untuk rakyat tetapi kes seperti rasuah kepada pengundi, kes menantu Muhyiddin diberikan projek tanpa tender bernilai RM1.16 bilion dan juga projek tebatan banjir tanpa tender bernilai RM15 bilion.

Belum lagi kes kelewatan kapal perang dan kes ketirisan yang lain.

Geng broker seperti mengejar masa untuk menyelamatkan diri masing-masing. Cara paling selamat untuk menutup salah laku ini hanya satu, tumbangkan Zahid dan tukar kerajaan dengan segera.

Jumlah rasuah dan ketirisan terkumpul adalah terlalu besar iaitu antara RM4bilion hingga RM10bilion.

Apakah Muhyiddin seorang diri yang mencaturkan ini semua atau Ismail Sabri juga “in the picture” atau hanya sepupu dan menantu Muhyiddin sahaja yang tamak haloba?

Kalau tidak melibatkan orang politik mana mungkin Zahid dipaksa letak jawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *