December 18, 2024

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menjaga negara selama 22 bulan. Dulu Mahathir dalam Barisan Nasional berjaya jaga Malaysia sebab parti UMNO bukannya sebab Mahathir. Fakta itu perlu diperbetulkan.

Apabila Mahathir gagal menjaga negara ketika berada dalam kerajaan PH kerana beliau bersama PH. Pakatan tersebut tidak mampu menjaga negara. Oleh itu tindakan Pejuang menyelar Anwar Ibrahim kerana menyalahkan Dr Mahathir Mohamad atas kegagalan PH melakukan reformasi sepenuhnya ketika berkuasa, dan menganggap tuduhan terhadap bekas perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab sebenarnya salah.

Punca kegagalan adalah kerajaan PH. Siapa pun Perdana Menteri PH tetap akan gagal menjaga negara.

Manifesto PH bukan kitab suci menurut parti tersebut. Mereka tidak pernah mempunyai niat untuk menjaga rakyat dengan menunaikan janji dan manifesti yang PH buat ketika Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Andai Mahathir dipersalahkan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan PH lain juga perlu dipersalahkan. Baru-baru ini Anwar berkata, kerajaan PH tidak dapat melaksanakan reformasi sepenuhnya kerana ia diketuai oleh pemimpin yang “bukan reformis”. Gebang Anwar ini seperti biasa merupakan tong kosong.

Anwar dilihat hanya mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab dan tidak berani berdepan kebenaran serta realiti.

PRU15 makin dekat maka semua pihak cuba melepaskan diri dari kegagalan kerajaan PH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *