December 18, 2024

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan darurat untuk menggantung Parlimen begitu lama sehingga Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong bertitah agar darurat tidak diteruskan ketika era pemerintahan Muhyiddin. 

Malaysia adalah negara paling teruk dalam ASEAN dan antara paling corot di dunia dalam kes Covid-19.

Muhyiddin laksanakan ‘lockdown’ separuh masak dengan tempoh antara paling panjang dalam dunia sehingga rakyat tidak dibenarkan rentas negeri dan balik kampung selama dua tahun berturut-turut.

Rekod pencapaian Muhyiddin sangat teruk sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19. Data tidak pernah menipu dan negara selalu berada di tangga tercorot dalam indeks Covid-19 di Bloomberg, Nikkei, The Economist ketika itu.

Muhyiddin menyebabkan Malaysia menjadi satu-satunya negara di ASEAN yang diturunkan penarafan sehingga Malaysia akhirnya kehilangan penarafan gred A kita sejak berpuluh tahun lalu.

Ketika Datuk Seri Ismail Sabri mengambil alih negara dari tangan Muhyiddin, negara berada dalam keadaan nazak.  Lebih 10,000 perniagaan terpaksa ditutup ekoran Covid-19. Muhyiddin gagal mencari jalan keluar bagi menghadapi kemelut itu. Negara ASEAN yang lain mampu bangkit dan berjaya mengatasi masalah ekonomi mereka.

Berlainan dengan Ismail Sabri yang berjaya menarik pelaburan sehingga angka tertinggi dalam sejarah dicatat sebanyak RM72.9 bilion bagi tempoh sembilan bulan.

Ini bermakna Muhyiddin PM yang gagal. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *