Kesungguhan Zamil Ibrahim menyerang Perdana Menteri tanpa henti membuktikan ada tangan ghaib yang sedang mengatur dan menyusun perancangan supaya nama baik YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri tercemar.
Nampak secara jelas wujudnya kumpulan yang tidak senang hati dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Ismail Sabri baik di dalam menguruskan kebajikan rakyat mahu pun memimpin negara keluar dari kemelut pandemik covid 19 yang melanda dunia.
Individu yang mudah dibeli untuk dijadikan alat atau ‘Trojan Horse’ adalah yang bersifat ‘katak politik’. Bila tidak ditunaikan nafsu serakahnya maka beliau akan menyerang kepimpinan utama. Malah sanggup keluar dari parti dan mula mengintai peluang untuk kembali semula apabila nampak peluang terbuka luas, apatah lagi bila ada upahan dedak yang tinggi nilainya.
Kalau dahulunya Zamil tinggalkan UMNO dan sertai PKR kerana tidak dapat menjadi calon pilihanraya dan terus hampir setiap hari menyerang Najib Razak. Di PKR juga beliau gagal mendapat apa yang beliau hajati lantas meninggalkan PKR dan menyertai parti KITA yang pro kepada Barisan Nasional namun nasibnya juga sama, KITA hanya sekadar rakan Barisan Nasional dan bukannya parti komponen.
Mungkin ada pihak beranggapan Zamil boleh dijadikan ‘lembu politik’ demi mencapai cita-cita politik mereka. Dengan membayar sejumlah dedak maka Zamil tanpa malu menyerang Ismail Sabri demi memenuhi hasrat individu tertentu yang gila ingin menjadi Perdana Menteri?
Anda boleh agak siapa yang sedang memasang badan mempersiapkan diri untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU ke 15 nanti.