October 17, 2024

Khairy Jamaluddin meneruskan siri kempennya untuk bertanding di jawatan Presiden dengan berjanji sekiranya beliau kalah maka beliau akan memberi sokongan penuh kepada pemenang dan parti tidak akan berpecah.

KJ lupa ketika beliau bertanding di jawatan yang sama pada penggal yang lepas apa yang beliau telah lakukan?

Apabila kalah dengan Zahid, apa yang KJ buat sepanjang tempoh tersebut sehinggalah ke tarikh hari ini?

Bukankah KJ menyerang Zahid tanpa henti sehingga ke tarikh hari mengundi. Apa niat KJ memburukkan Zahid sepanjang waktu kempen pilihanraya?

Terdahulu, KJ sendiri orang pertama yang tolak kerajaan tebuk atap yang diketuai oleh Muhyiddin dan akhirnya tutup mulut apabila ditawarkan menjadi menteri.

Sekali lagi KJ bertegas tidak menyokong Anwar sebagai PM tetapi demi untuk menang di jawatan Presiden, beliau sanggup menjilat kembali ludahnya dan sanggup menyokong Anwar sebagai PM semula.

Lidah KJ lebih bercabang dari ular.

Undi KJ dapat apa? Duit?

Mudahnya KJ menipu ahli UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *