December 18, 2024

WAKIL UMNO Terengganu, Dato’ Nik Dir Nik Wan Ku, Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu di dalam sesi perbahasan hari ini menyatakan sokongan supaya dua jawatan utama, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Sebelum daripada beliau, wakil dari Negeri Sembilan, mengemukakan usul supaya kedua jawatan utama UMNO tersebut tidak dipertandingkan.

Sebagai sebuah parti yang terbesar di negara ini, UMNO perlu tunjukkan kematangan bagaimana menguruskan isu-isu yang berbangkit dan bukannya menjadikan persidangan agung tahunan hanya sekadar gelanggang hiruk pikuk dengan sorakan yang tidak membawa manfaat kepada parti.

Paling malang sekiranya parti mula dikuasai oleh kumpulan yang berkepentingan peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *