UCAPAN DASAR
PRESIDEN UMNO MALAYSIA
Y.A.B. DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
PADA
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2022
13 JANUARI 2023 / 20 JAMADILAKHIR 1444
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً
وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًّا
عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تُنْحَلُ بِهَ الْعُقَدُ
وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ
وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ
وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ
وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ
وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ
وَنَفَسٍ بِعَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ
Yang Berbahagia, Tan Sri Pengerusi Tetap
YB Dato Seri Utama Timbalan Presiden UMNO
Yang Berhormat / Yang Berbahagia Naib-Naib Presiden
Yang Berhormat Ketua Wanita UMNO Malaysia
Yang Berbahagia Ketua Pergerakan Pemuda dan PuteriUMNO Malaysia
Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Keluarga besar dan para penyokong UMNO yang sayahormati sekalian
1. Tatkala merenung ke bawah, seawal saya memasukiDewan Merdeka sebentar tadi, saya melihat wajah-wajah saudara saudari sekalian, terdetik di hati saya, In Sha Allah dengan izin-Mu jua ya Allah, parti keramat ini masih punya masa hadapan yang cerah.
2. Manakan tidaknya, daripada raut wajah saudarasaudari sekalian, saya dapat merasakan, parti inimasih didukung oleh para pemimpin akar umbi,yang terpancar ketulusan dan keikhlasan di wajahnya. Walau dibadai tsunami ganas politik, saudara saudari tetap istiqamah dan setia di bawahlembayung UMNO. Terima kasih, terima kasihseikhlasnya daripada saya buat saudara saudarisekalian.
3. Saya zahirkan perasaan ini kerana saya yakin, setiapdaripada kita yang hadir, pada Perhimpunan Agung kali ini, datang dengan pengakuan yang sama. Bahawa, semua daripada kita bertanggungjawabatas jatuh bangunnya UMNO.
4. Jika mahu dicari punca, kitalah puncanya. Jika mahudisalahkan, kitalah yang bersalah. Jika mahudibangunkan semula, kitalah yang mestimenerajuinya.
Saudara saudari sidang perwakilan sekalian
5. Saya memulakan ucapan dengan menzahirkan gejolakrasa, yang ada di hati saya, kerana inilah medan untuk kita berterus terang. Perhimpunan Agung adalah tempat untuk kita merenung sejenak kebelakang, bagi membolehkan kita terus mengoraklangkah ke hadapan.
6. Apatah lagi Perhimpunan Agung UMNO 2022,diadakan dalam suasana negara kini, berada di bawah landskap politik yang baharu. Kita berhimpun pada kali ini setelah melalui perhitungan rakyat, pada Pilihan Raya Umum Ke-15…19 November 2022 yang lalu.
7. Sudah semestinya kita perlu terbuka mentelaah jejak-jejak yang telah kita lalui. Ini bagi menjadipedoman, untuk kita meneruskan laluan yang pastiada likunya, ada pendakiannya, ada curamnya dan tidak kurang juga halangan-halangan.
8. Kita berusaha selepas kekalahan pada PRU Ke-14,dengan mula merangka beberapa strategi politik. Kita membaca dan menilai beberapa pendekatanparti-parti seangkatan dengan UMNO, yang pernahjatuh seperti LDP di Jepun, Golkar di Indonesia dan Congress Party di India. Ada yang berjaya kembalike tampuk kekuasaan, ada yang berada dalamtampuk pemerintahan walaupun tidak memegangteraju dan ada yang sehingga kini tidak berjayabangkit semula.
9. Sebelum perletakan jawatan Perdana Menteri Ke-7, pasukan kita amat jitu. Mereka yang terpilih selepaspemilihan parti pada tahun 2018, menjadi barisanhadapan untuk melonjakkan semula citra parti. Ada yang terus menyepi dan tidak kurang juga melompatlari. Namun pada ketika itu, suara kita satu sahaja. Mewakili UMNO dan Barisan Nasional.
10. Beberapa langkah politik yang kita ambil, merubahlandskap dan sudut pandang rakyat terhadap politik. Sedikit demi sedikit, UMNO kembali diyakini. Apatah lagi tanpa perlu kita apologatik, faktorBossku, Dato’ Seri Najib menjadi antara penyumbang utama, kembalinya sokongan rakyatkepada UMNO dan Barisan Nasional.
11. Walaupun terdapat segelintir pemimpin dalaman kitasendiri, yang cuba menonjolkan diri, inginmenafikan faktor kebangkitan semula UMNO ketikaitu. Namun, kita terus bergerak ke hadapan. Tatkalakita memulakan penyatuan ummah, ada pandangan yang menyatakan gerakan politik ini bahaya. Iadikatakan akan mewujudkan sitiuasi politik yang tidak sihat dan tidak seimbang. Ini memandangkankita adalah sebuah negara majmuk, pelbagai latarsuku dan agama. Kita tidak boleh membentukgerakan politik yang terlalu kanan (far right).
12. Begitu juga apabila fenomena Bossku melandanegara, kelompok kecil di kalangan kita, terusmenadakan suara mempertikaikan Bossku. Diulang-ulang isu mahkamah beliau, walaupun kita tahu, iaadalah pendakwan politik dan terpilih.
13. Ironinya pada masa yang sama, kelompok ini tidakpula mahu bersama kepimpinan parti ketika itu. Mereka menjauhkan diri. Kononnya dengan alasanbertanggungjawab atas kekalahan parti. Tidakkurang juga setelah tewas dalam pemilihan merekaterus menyepikan diri.
14. Ketetentuan Allah, kita dilorongkan menjadisebahagian dariapda kerajaan pada Mac 2020. Namun sebelum menyertai kerajaan, selepaskejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020, UMNO terus menuntut agar mandat dikembalikan semulakepada rakyat. Kita mahu sebuah kerajaan yang mempunyai keabsahan dengan mandat rakyat.
15. Bagaimanapun, atas pertimbangan kepentingannegara dan rakyat ketika itu, serta sesuai dengantitah oleh Yang di-Pertuan Agong bersandarkanPerlembagaan Persekutuan, kita tampil bersama-sama membentuk kerajaan.
16. Saya menyentuh rentetan peristiwa ini bagimengingatkan, langkah-langkah yang telah kitaambil untuk mengangkat semula parti ke persada. Jangan kita lupa bahawa barisan kepimpinan parti,sentiasa menilai arus politik untuk melonjakkanparti. Ketika itu langkah kita sederap, suara kitasekata dan gandingan kita mantap.
17. Rupa-rupanya ujian kuasa yang diberikan Allah, adalah lebih berat daripada ujian kita kehilangankuasa. Saya diserang kerana pembentukan kerajaan, turut dibarisi oleh ahli kabinet yang tidak dilihatmewakili gerakan kebangkitan parti ketika itu. Sebagai Presiden, saya tidak bersama kabinet. Itubukan soal besar kepada saya. Asalkan parti kitakembali berada di Putrajaya.
18. Kejayaan kita membarisi Jemaah Menteri, memberikan semangat baharu kepada parti dan ahli-ahlinya.
19. Namun seperti saya sebutkan, ujian kuasa yang diberikan Allah lebih berat. Ujian ini telah makinmelunturkan kesatuan dalaman kita. Langkah kitamula tempang, suara kita juga mula bercabang, keutamaan parti semakin hilang.
20. Ujian ini semakin berat, apabila kita pula menerajuikerajaan, menjelang ambang kemerdekaan negara pada 21 Ogos 2021. Pembentukan kerajaan ketikaitu, adalah usaha gerakan dan strategi parti. Kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ke-8, yang diwarnai dengan kesengsaraan hidup rakyat, menuntut kita menyelamatkan negara dan rakyat.
21. Akan tetapi, harga kejayaan kita merubahkepimpinan negara, rupanya terlalu mahal terpaksaditanggung oleh parti. Saya tidak berhasrat untukmemperincikannya di sini kerana dalam TaklimatPresiden, saya telah pun berterus terang mengenaiperkara berkenaan.
Saudara saudari sekalian
22. Saya nukilkan secara ringkas latar belakangperjalanan kita selepas PRU-14, sebagai ingatanuntuk meneruskan langkah, selepas perhitunganrakyat pada PRU Ke-15. Kita perlu sentiasa ingat, walaupun kita berada di Putrajaya, nadi kita tetap di sini, di rumah agam UMNO ini. Setiap langkahyang bakal kita ambil, rumah kita ini jangan kitatinggalkan. Keberadaan kita di Putrajaya, adalahhasil percaturan kita di sini.
23. PRU-15 ditakdirkan kita hanya memperolehi 30 kerusi Parlimen, berbanding 43 kerusi yang kitawakili ekoran pelbagai episod pengkhianatanselepas PRU-14 lalu.
24. Kekalahan ini sudah tentu mengundang pelbagaipandangan dan desakan, malah tidak kurang juga kecaman. Namun apa yang lebih penting kini, bagaimana kita mahu mengorak langkah kehadapan.
25. Kita boleh sahaja menggariskan pelbagai alasan dan punca, dengan menuding jari ke sana sini. Akan tetapi janganlah kita menjadi telunjuk luruskelingking berkait.
26. Saya boleh sahaja menggariskan; adanya kempenpilihan raya calon kita memburukkkan partinyasendiri. UMNO katanya parti korup, sudah sesat dan pelbagai nista dilemparkan. Sehingga ucapannyadijadikan modal pihak pembangkang menyerangUMNO. Boleh juga saya menyebut, poster boy perlubertanggungjawab sepenuhnya, kerana beliaumenjadi wajah hadapan parti dalam PRU Ke-15.
27. Jika ini hendak dijadikan polemik, kita tidak akanbergerak ke hadapan. Kita akan terus mencari-carikesalahan. Maka dengan sebab itu, jangan kitanafikan usaha-usaha parti, dalam menghadapipilihan raya umum, telah dibuat sebaik mungkin.
Pertama, kesiapsiagaan gerak kerja dan jentera.
Kedua, penyediaan dokumen dan akujanji calon.
Ketiga, persiapan logistik dan kewangan.
Keempat, proses pemilihan calon.
Kelima, perbincangan dan perundingan dalamanserta dengan komponen BN.
28. Saya sebutkan lima perkara utama ini, bagimenjelaskan pelbagai tohmahan, yang dilontarkankepada parti ekoran kekalahan pada PRU-15.
29. Kelima-lima proses yang saya sebutkan tadi,melibatkan semua lapisan kepimpinan dalam parti.
30. Bermula dengan Timbalan Presiden selaku PengarahPilihan Raya, telah bergerak ke seluruh negara,melalui sesi libat urus dengan Perhubungan Negeri dan Bahagian-Bahagian. Selain menilai data-data yang ada, soal kesiapsiagaan diberikan penekanan.
31. Taklimat Akta Anti Lompat Parti kepadaPerhubungan Negeri dan keperluan menyediakandokumen perjanjian calon dengan parti, di sampingpenyediaan akuan-akuan bersumpah juga diberikan. Tujuan semua dokumen ini disediakan, adalah untukmemperjelaskan bahawa, kerusi yang dimenangipada pilihan raya adalah merupakan milik parti. Malah akujanji pula, memberikan Ketua Utama Parti, mandat untuk membincangkan soalpembentukan kerajaan.
32. Proses pemilihan calon, melibatkan PerhubunganNegeri melalui Pengerusi-Pengerusinya.
33. Rundingan dalaman baik di peringkat Top Five, Biro Politik mahupun Majlis Tertinggi sentiasa berjalan.
34. Semua proses ini memperlihatkan, keputusan-keputusan yang melibatkan soal pilihan raya telahmelalui proses rundingan. Malah ketika itu, baik di peringkat Top Five, Biro Politik mahupun Majlis Kerja Tertinggi, semuanya berkongsi pandangan, bahawa tiada satu parti yang mampu membentukkerajaan secara bersendirian. Maka dengan sebabitu, rundingan dengan pihak luar perlu diadakan.
35. Pada ketika itu pilihan kita ada dua sahaja. PertamaBN bersama PAS dan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak. Kedua, BN tanpa Pas bersama rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.
36. Inilah yang menjadi pegangan pucuk pimpinan,dalam soal pembentukan kerajaan pasca PRU Ke-15. Kita telah memikirkan post electoral pact. Oleh yang demikian, adalah tidak adil menudingkononnya, telah ada persefahaman awal denganPakatan Harapan, untuk membentuk kerajaanbersama. Kita tidak mempunyai perjanjian sulit,sebagaimana perjanjian sulit yang pernahditandatangani, tanpa pengetahuan parti sebelumPRU-15. Ini pun tidak perlu saya perincikan, kerana ia telah menjadi rahsia umum.
37. Tidak adil juga tuduhan kononnya dalam soalpemilihan calon, Presiden bertindak bersendirian. Daripada 119 calon UMNO, hanya enam (6) sahajayang bertukar di saat akhir, atas beberapapertimbangan. Bakinya 113, adalah hasil rundingandengan Pengerusi Perhubungan Negeri bersama Top Five.
38. Saya sebutkan dua perkara utama ini, kerana ia secarasendirinya boleh meleraikan segala nista dan cacianyang dilemparkan kepada parti. Khususnya terhadapsaya secara peribadi. Apakah dengan usaha yang melibatkan semua struktur kepimpinan parti, bolehdijadikan alasan kononnya saya mengecilkanpeluang kemenangan? Apakah dengan menampilkanmuka-muka baharu, sebagai satu proses pembaharuan dalaman parti, juga merupakan satulangkah mengecilkan peluang kemenangan? Atauapakah mengurangkan persepsi UMNO adalah parti war lord, juga boleh ditafsir sebagai langkahmengecilkan peluang kemenangan parti?
39. Jika muka baharu tewas pada PRU-15, muka lama dengan nama besar juga tewas. Saya sendiriditentang oleh tokoh dalam Parti Keadilan Rakyat di Bagan Datuk. Apakah ini bermakna, saya adaperjanjian sulit dengan Pakatan Harapan? Apakahsaya sendiri mahu mengecilkan peluangkemenangan saya di Bagan Datuk? Saya kiradengan iman yang ada, tepuk dada tanya selera.
40. Memilih gabungan parti lain sebagai gabungan bagimembentuk Kerajaan Perpaduan, adalahbersandarkan persefahaman awal di peringkat parti kita, bahawa tiada mana-mana parti bolehmembentuk kerajaan.
41. Saya pernah membayangkan perkara ini semasaUcapan Dasar Presiden Tahun 2020. Izinkan sayauntuk memetik semula bait-bait ucapan berkenaandi para 49, 50 dan 51 ucapan berkenaan. Saya petik:
“Adakah sesuatu yang mustahil untuk UMNO dan rakan-rakan kongsi politiknya membina “political reset” yang akan mewarnai landskap politikbaharu di negara ini? Biarpun tanpa perundingandengan mana-mana pihak setakat ini, saya dapatmerasai impian rakyat yang amat mengharapkankewujudan sebuah ‘unity government’ demi kestabilan politik negara.
“UMNO sangat terbuka untuk melakukannyaselepas PRU-15 nanti. Namun, terlebih dahuluUMNO wajib terus direlevankan dan mendominasipolitik tanah air. Justeru, kita perlu dominan, baharulah kita relevan.
“Untuk itu, kepimpinan UMNO di semuaperingkat dan seluruh akar umbi harus berlapangdada dan berfikiran terbuka untuk menghadapireset politik ini”
Itulah ucapan saya semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang telah pun diluluskan sebagaidasar parti.
42. Kemudian ada yang bertanya kenapa Pakatan Harapan dan tidak Perikatan Nasional?
43. Pertamanya, kita telah mengadakan rundingandengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional,secara berasingan dua hari selepas PRU-15. Dalamperundingan tersebut, kita telah meletakkanbeberapa asas utama, termasuk dalam soal Islam / Melayu dan Bumiputera, yang perlu disepakatibersama. Begitu juga dalam soal pembentukankabinet. Malah dalam cadangan kita, kitamenetapkan agar kerajaan yang dibentuk, ia tidakboleh diidentitikan dengan nama parti. Sebaliknyamestilah dikenali sebagai KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA.
44. Pakatan Harapan secara bertulis, menyatakanpersetujuan, , terhadap perkara-perkara asas utamayang perlu disepakati Bagaimanapun PerikatanNasional dalam maklum balasnya, hanya menyebutSEDIA MEMPERTIMBANGKAN perkara-perkarayang telah kita usulkan.
45. Keduanya, seperti diketahui umum, penolakanPerikatan Nasional terhadap titah usulan Yang di-Pertuan Agong, untuk dibentuk kerajaan perpaduan. Penolakan ini disebabkan ketua Perikatan Nasional mendakwa, telah mempunyai jumlah AkuanBersumpah yang mencukupi, untuk membentukkerajaan. Akuan Bersumpah ini katanya, termasuk10 daripada wakil Barisan Nasional yang telahmemenangi kerusi Parlimen pada PRU-15.
46. Ini juga menjadi faktor kenapa kita tidak bolehbersama Perikatan Nasional. Belum pun subuh, pengkhianatan telah dibuat terhadap parti kita. Lebihmenyedihkan, ia diatur oleh orang kita sendiri.Sedangkan seperti yang saya sebutkan tadi, kitatelah ada dokumen perjanjian dan akuan bersumpahserta akujanji, kerusi yang dimenangi adalah milikparti.
47. Atas sebab itu, kita berbincang dan bersetuju, untukmembentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.
48. Apabila keputusan ini dicapai, muncul pula suara-suara dalaman kita dengan hujah, bukankah kitatelah buat keputusan No Anwar, No DAP. Namunkelompok yang bersuara ini, tidak pula menyebutPerhimpunan Agung UMNO juga membuatketetapan NO BERSATU. Dibangkitkan lagituduhan kita melanggar keputusan PerhimpunanAgung yang telah menyatakan No Anwar, No DAP.
49. Namun sebagai sebuah parti berperlembagaan, kitamembuat keputusan sesuai dengan PerlembagaanUMNO. Dalam Perlembagaan kita Fasal 9.1 menyebut “Majlis Kerja Tertinggi adalah menjadibadan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwalUMNO di bawah kekuasaan dan perintahPerhimpunan Agung dan Majlis Kerja Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkahbagi pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya ituhendaklah dimaklumkan kepada PerhimpunanAgung”.
50. Selain itu, pendirian kita adalah selaras denganperakuan yang kita berikan kepada Yang di-PertuanAgong, untuk menerima titah usulan Baginda, supaya diwujudkan Kerajaan Perpaduan. Pada masa yang sama Pakatan Harapan juga bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebaliknya PerikatanNasional menolak titah berkenaan.
51. Makanya, sesuai dengan Perlembagaan Parti dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, mesyuaratMajlis Kerja Tertinggi telah membuat keputusan,berdasarkan kaedah mempertimbangkan mudaratkecil dan mudarat besar kepada parti. Malah kitajuga turut membuat pertimbangan berasaskanprinsip demokrasi. Pakatan Harapan mempunyaijumlah kerusi terbanyak, iaitu 82 berbanding 73 yang dimenangi oleh Perikatan Nasional. Rakyat telah memberikan mandat lebih besar kepadaPakatan Harapan, dan atas semangat demokrasi, kitamemilih jumlah majoriti yang lebih besar. Setelahdibahaskan, Majlis Kerja Tertinggi membuatketetapan untuk memilih bersama Pakatan Harapan bagi menubuhkan KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA.
52. Sekali lagi, ini adalah pembuktian bahawa, keputusanyang dibuat adalah secara bersama. Mereka yang berada dalam kerangka kepimpinan parti tahu dan sedar bagaimana keputusan ini dicapai. Walaupuntelah ada akujanji. memberikan kuasa kepada KetuaUtama Parti, untuk merundingi soal penubuhankerajaan, kita tetap membuat keputusan,bersandarkan semangat musyawarah sesama kita.
53. Kendati pada ketika itu, ada gerakan dibuat, untukmenyingkirkan Pengerusi Barisan Nasional. Malahkita tahu, ada rundingan pintu belakang telah diaturdengan Perikatan Nasional. Saya tidak mahumencanangkan di sini, siapa dan apakah gerakan itu. Kerana bagi saya, apa yang telah berlaku, makinmenyerlahkan sikap dan nafsu politik peribadimereka yang terlibat, tanpa mereka memikirkanmudarat kepada parti.
54. Dengan penjelasan ini, letakkanlah noktah kepadapolemik ini. Saya tahu, perkara-perkara ini, menjadimodal yang terus dimainkan, tambahan pula pemilihan parti semakin hampir. Termasuklah, sayamendengar lontaran-lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatanutama Presiden dan Timbalan Presiden. Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertanding dan tidak kurang juga mahu ia dipertanding. Sebagaiseorang democrat, saya serahkan kepada para perwakilan untuk menentukannya. Namun, sayayakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata.
Saudara saudari sekalian
55. Kini parti kita sekali lagi berada di Putrajaya. Walaupun yang dicita kita mahu menjadi dominanberdasarkan jumlah kerusi, namun takdir mengaturkita, menjadi penentu kepada pembentukankerajaan.
56. Barang sudah pasti, cabaran di hadapan kita lebihbesar. Rakyat ingin melihat kemampuan sertaprestasi kita yang mewakili UMNO dalam kerajaan. Apakah kita mampu bersama-sama memulihkanekonomi negara, memakmurkan negara yang dapatmensejahterakan kehidupan rakyat, serta membawaMalaysia ke arah yang lebih baik, untuk masa hadapan. Semuanya terletak di tangan wakil-wakil kita, yang kini berada di dalam Kerajaan Perpaduandi peringkat Menteri dan Timbalan Menteri.
57. Berbekal rekod perkhidmatan dan pengalaman yang luas, dalam petadbiran kerajaan, kita berperananbesar untuk melengkapkan perjalanan kerajaan hariini.
58. Kunci kepada berjaya atau tidak kita melaksanakanamanah ini adalah kestabilan. Makanya, denganPerjanjian Persefahaman yang telahditandatangani, oleh parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan, ia akan menjadi pedoman yang mengikatsemua daripada kita. Kestabilan politik dan keharmonian hubungan antara parti-parti yang berada di dalam kerajaan, In Sha Allah akan dapatmewajahkan Malaysia yang progresif. Persefahamanini juga, akan dapat memastikan Kerajaan Perpaduan Malaysia, melengkapkan pentadbirannyabagi tempoh penggal yang ke-15 ini.
59. Bagi menjamin kelangsungan Kerajaan PerpaduanMalaysia yang telah disepakati, satu sekretariatbersama parti-parti dalam Kerajaan PerpaduanMalaysia telahpun dipersetujui untuk beroperasi. Melalui sekreatariat ini, kita akan membincangkandari semasa ke semasa, perjalanan kerajaan, di samping membincangkan langkah-langkah kehadapan, termasuk dalam soal kerjasama politik.
60. Di samping sekretariat di peringkat parti, kerajaanjuga bersetuju menubuhkan sekretariat bagimengkaji semua manifesto parti-parti dalamKerajaan Perpaduan.
61. Melalui Pelan Amal dan Usaha atau PADU yang ditawarkan pada PRU-15, kita memberikan aku janjikepada rakyat. Soal kos sara hidup, pendidikan, pembangunan institusi dan pendidikan Islam, peluang ekonomi, alam sekitar, peluang pekerjaanadalah antara yang menjadi tawaran kita. Begitujuga dengan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, turut mempunyai tawaran-tawarankepada rakyat.
62. Sehubungan itu, melalui sekretariat di peringkatkerajaan, kita mencari titik persefahaman dan kebersamaan, , bagi menterjemahkan janji-janjiyang telah dibuat kepada rakyat. Paling ketara,semua parti menyentuh tentang soal kos sara hidup, yang pada dasarnya boleh dilaksanakan. Iamerupakan manifesti bersama kesemua parti dalamKerajaan Perpaduan. Kita berharap, usahapenterjemahan manifestasi kesemua agenda pembelaan rakyat, akan dapat dilaksanakan dengansegera.
63. Tambahan pula, pasca pendemik Covid-19, usaha-usaha pemulihan dan perancangan tidak seharusnya, hanya tertumpu kepada aspek-aspek ekonomisemata-mata. Sebaliknya lebih utama adalah soalkesentosaan serta keamanan hidup rakyat.
64. Dalam hal ini, idealisme parti dan idealismekepimpinan utama bukan hanya bersifat retorik. Terjemahan pelaksanaan dan keberkesanannya,mestilah dapat dirasai oleh rakyat. Perlakuan dan prestasi kita di dalam kerajaan, akan menjadi kayuukur untuk merubah persepsi rakyat terhadap kita.
65. Antara fokus yang perlu diberikan segera adalah, kitamahu melihat peluang pekerjaan, perniagaan, latihansemula dan nilai tambah kemahiran (reskilling dan upskilling), padanan pekerjaan sesuai dengankelayakan dilaksanakan. Ini memandangkan ramaigraduan yang tidak menjawat jawatan setara dengankelayakan mereka. Kita juga mahu tumpuan turutdiberikan kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah.
66. Maka dengan itu, satu program besar besaranTechnical and Vocational Education Training (TVET) hendaklah dilakukan. Ia perlu mengambilkira kelompok miskin desa, separa bandar dan bandar.
67. Dato’ Seri Khaled Nordin sebagai Menteri PengajianTinggi, saya mahu beliau memberikan keutamaankepada aspek ini. Sinergi dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia, perludigembeleng untuk memastikan lepasan sekolah dan graduan kita mempunyai dayasaing dan kebolehpasaran.
68. Penyediaan sumber tenaga mahir dan berkelayakan, penting untuk meletakkan Malaysia, sebagaidestinasi pelaburan, selain daripada faktorkestabilan politik. Kita mahu menggamit semulapelabur-pelabur luar ke negara ini. In Sha Allah, dengan persefahaman yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan, kita mampu menawarkan kestabilan dan dasar yang jelas kepada para pelabur.
69. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, perlu bingkas mengembalikan citra Malaysia kepadadunia luar. Langkah-langkah drastik menambat hatipedagang-pedagang luar, perlu segera dilakukan. Malaysia yang mesra pelabur dan menawarkaniklim pelaburan yang kondusif, perlu juga digarapsegera oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz.
70. Limpahan pelaburan asing, sudah tentu akan dapatmeningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, di samping menjana peluang pekerjaan baharu buat anak bangsa kita.
71. Walaupun fundamental ekonomi kita kukuh tetapisentimen terhadap iklim pelaburan kita sebaliknya. Oleh sebab itu soal memberikan tax holiday (cutipercukaian), insentif kredit baharu mesti diberikan.
72. Regim percukaian mesti dirombak dan perlu seiring dengan sistem percukaian dunia, untuk menarikpelaburan langsung asing. Langkah-langkahmenyediakan insentif cukai yang mampan dan bersifat semasa, pasti akan meredakan kebimbangandalam kalangan pelabur asing. Kita perlumengembalikan daya saing negara, agar tidaktenggelam dengan kepantasan serta kerancakanekonomi negara-negara jiran.
73. Datuk Seri Azalina pula, dalam agenda pembaharuaninstitusi ia perlu dilakukan segera. Kita telahberjaya dalam membawa akta anti lompat parti. Beberapa pembaharuan institusi lain perluditeruskan pada kadar segera termasuk pemisahankuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
74. Begitu juga dalam soal keamanan dan keselamatannegara. Saya yakin Datuk Seri Utama TimbalanPresiden kita, akan dapat memainkan peranannyadengan berkesan. Kita mahu negara dijaminkeamanannya. Kebajikan anggota keselamatan kitaperlu segera ditangani. Kita jangan menyalahkanmereka, walaupun mereka tidak bersama kita pada PRU-15 yang lalu. Kerana kitalah yang seharusnyabertanggungjawab, untuk memastikan kehidupanmereka yang menjadi benteng negara terbela.
75. Bagi kemajuan desa dan wilayah, In Sha Allah sayaakan menyinsing lengan untuk mengukuhkansemula asas kekuatan kita di luar bandar. Kita mahumasyarakat di desa tidak terpisah daripadamenikmati arus kemajuan. Kita bertekad untukmeningkatkan kesejahteraan ekonomi, sosial danbudaya masyarakat desa. Isu-isu kesenjangan, penerokaan potensi ekonomi dan peningkatan tarafhidup masyarakat desa akan diperkasa.
Saudara-saudari sidang perwakilan
76. Kita juga mahu melihat alam komunikasi baharu. Perkembangan teknologi komunikasi, akanmemberikan dampak besar dalam kehidupan rakyat. Liputan 5G umpamanya, yang kini baru mencapaitahap 38 peratus, perlu dikembang luaskan lebihcepat termasuk bagi kawasan-kawasan desa.
77. Perkembangan ini penting kerana ia akanmembolehkan kerajaan, menggerakkan sistempendidikan negara, daripada analog kepada digital. Dalam tawaran manifesto Barisan Nasional, kitamahu pendidikan sekolah dilaksanakan secaradigital. Tiada lagi beg sekolah berat kerana bukuteks diganti dengan peranti komputer. Perubahansilibus pelajaran juga boleh sentiasa dikemaskini,mengikut perkembangan semasa, kerana ia bersifatdigital dan bukannya percetakan buku secara fizikal.
78. Pedagogi pendidikan tradisi perlu diubah mengikutperkembangan terbaharu. Kita tidak mahupendidikan di sekolah ketinggalan kerana anak-anaksudah terdedah dengan ilmu dan maklumat, yanglebih luas di luar melalui capaian internet.
79. Selain menyediakan pelajar dengan kebolehpasaranmengikut keperluan industri, pendidikan juga perlukepada jurusan bagi mewujudkan budayakeusahawanan. Perubahan minda perlu diterapkan,bahawa pendidikan bukan hanya untuk melahirkangolongan pekerja sebaliknya juga pengusaha.
Saudara saudari sidang perwakilan sekalian
80. Sebagai parti dalam kerajaan, kita perlu bergerakseiring dan menyatukan pemikiran. Inimemandangkan, kini soal persepsi seolah-olahmenjadi penentu pemilihan sesebuah kerajaan. Kita telah melaluinya pada PRU Ke-14 lalu. PRU Ke-15 baru-baru ini, memperlihatkan sikap pengundi yang sudah tidak lagi memilih middle ground. Sebaliknya berdasarkan sentimen dan persepsi. Keadaan ini sudah tentu tidak sihat untuk politikMalaysia, yang terlalu rencam dan pluralistic.
81. Kita berhadapan antara politik berdasarkan rekodperkhidmatan dan agenda praktikal demi rakyat dan negara, berbanding dengan politik persepsi populisyang membuat tawaran singkat. Politik nilai, politikkhidmat, ikhtiar untuk membina negara yang terbaik, iltizam politik untuk meletakkan negara pada landasan ekonomi yang kukuh, semuanya dikesampingkan. Sebaliknya, para pengundikhususnya pengundi baharu, diasak dengansentimen perkauman dan persepsi.
82. Bak kata bidalan, panas setahun hujan sehari, segalabakti yang dicurahkan selama bertahun lamanya, hujan sehari menjadi banjir kilat menghanyutkansegala jasa yang ditaburkan.
83. Bayangkan pelapis-pelapis negara kita memulakanlangkah politik (political journey) mereka, melaluilensa perkauman dan propaganda kebencian. Perasaan benci dan prejudis yang melampauditanam dalam pemikiran anak-anak muda kita,yang baharu sahaja bersemangat dalam menunaikantanggungjawab demokrasi.
84. Sementara kita sedar akan perubahan sikap dan pemikiran pengundi baharu pada pilihan raya lepas, kita mesti bersedia mendepani satu lagi gelombangpotensi pengundi baharu menjelang PRU Ke-16. Pelajar-pelajar yang kini berada di tingkatan dua, adalah merupakan mereka yang akan menjadipengundi baharu. Diperkirakan wujudnya kohort500 ribu, potensi pengundi baharu setiap tahunmenjelang 2027.
85. Sudah tentu pemikiran mereka berbeza. Lensa politikmereka juga jauh lebih luas dan pelbagai. Soal-soalpembangunan bukan lagi pertimbangan. Penilaiantidak lagi bersandarkan rekod masa lampau.Landskap politik tahun-tahun mendatang, sudahtentu berubah dengan pantas.
86. Perubahan demografi dalam konteks penempatan, kini menyaksikan lebih 70 peratus pengundi beradadi pinggir bandar (sub urban) dan bandar. Ia diiringipula oleh pertambahan jumlah pengundi baharudaripada anak-anak kita yang kini dibangku sekolah. Perubahan demografi tempat dan umur ini, akanmenjadi lebih mencabar, kerana ia turut melibatkanperubahan idea serta pemikiran. Kita tidak harustenggelam dalam setiap anjakan landskap politikbaharu ini.
87. Parti kita perlu berubah sesuai dengan kehendaksemasa.
i. Pertama, kita perlu mampu menangkap imiginasianak-anak muda ini. Kita perlu memahami polafikir mereka. Pada masa kita ingin mendapatkansokongan mereka, kita juga bertanggungjawab,mencorak anak-anak muda ini sebagai sumberpenting potensi negara.
ii. Kedua, kita perlu mempunyai kemampuan untukmenseimbangkan politik pembangunan dan politik perkhidmatan. Dalam erti kata lain, kitamesti mampu mengimbangi the need of the nation versus interest of the citizen (kepentingan negara berbanding dengan kehendak individu ataukelompok masyarakat); dan
iii. Ketiga, kita mesti menggarap pemikiran sertaidea baharu setiap peringkat parti, Wanita, Pemuda, Puteri, kelab-kelab UMNO, parti-parti sahabat dan pemikir-pemikir luar, bagimemastikan parti kita relevan dengan realitipolitik semasa.
88. Saya yakin, dengan tekad kita untuk memperbaharuiperjalanan parti pada masa hadapan, ada potensiuntuk kita mendakap semula, sebahagian besardaripada 74 kerusi, yang terlepas daripada tangankita sebelum ini.
Saudara saudari sekalian
89. Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari inimempunyai obligasi perundangan dan moral yang cukup besar terhadap Sabah dan juga Sarawak. Kedudukan Sabah dan Sarawak bukan lagiberstatus negeri sebaliknya Wilayah dalamMalaysia.
90. Sehubungan itu, Perjanjian Malaysia 1963 atau lebihdikenali sebagai MA63, perlu dilaksanakan segera. Walaupun ada beberapa perkara pokok yang telahdilaksanakan, masih banyak perkara yang menjadiasas kepada MA63 perlu diterjemahpelaksanaannya.
91. Tambahan pula dengan pemindahan ibukotaIndonesia ke Kalimantan Timur, kedudukanWilayah Sabah dan Sarawak, akan menjadi lebihstrategik untuk dibangunkan sebagai kawasanpertumbuhan baharu.
92. Limpahan pembangunan di Kalimantan perlu digarapsegera agar Sabah dan Sarawak lebih pesatmembangun. Sejak 1963, Sabah dan Sarawak telahbanyak menyumbang kepada pembangunanekonomi negara, dan kini adalah masa terbaik untukkita sama-sama memajukan Sabah dan Sarawak,seiring dengan perkembangan di keseluruhankepulauan Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia.
93. UMNO berpendirian, Sabah dan Sarawak adalahrakan politik strategik. Dengan itu, apa pun bentukkerajaan Malaysia pada masa sekarang dan masa hadapan, UMNO tetap memilih untuk bersama-sama dengan rakan-rakan politik dari wilayah berkenaan demi kestabilan Malaysia.
Saudara saudari sekalian
94. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggunjawab, UMNO sependapat dengan pelbagai pandanganyang diberikan, agar soal tatakelola kerajaan mestidijalankan dengan telus.
95. Kita juga mendengar desakan dan tuntutan agar forensic audit terhadap perjalanan kerajaan sebelumini dilakukan. Ketirisan yang berlaku perluditampung segera. Punca ketirisan mesti disiasat. Agensi penguatkuasaan mesti mengambilltanggungjawab. Ini adalah harapan rakyat dan menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikanharapan ini ditunaikan. Perkembangan muktakhir, menyaksikan berlakunya penahanan berhubungsiasatan penyalahgunaan dana awam melebihiRM90 billion, adalah permulaan yang baik. Iaadalah isyarat yang jelas akan komitmen kerajaanuntuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab. Prihatin atau bersih, sama-samakita tunggu. Apakah prihatinnya demi rakyat atauanak menantu? Bersihnya pula apakah kepadapulangan komisyen yang diperolehi. Sama-samakita nantikan.
Saudara saudari sekalian
96. Bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan, sayatitipkan harapan buat semua. Sesuai denganperubahan sikap, pemikiran dan landskap politiknegara, islah dan tajdid dalam gerakan politik kitaperlu berterusan. Cara mana perubahan dan pembaharuan ini boleh dilaksanakan:
Pertama, memugar idea-idea baharu.;
Kedua, memastikan idealisme terus hidup kerana kematian idealisme akan menjerumuskan kita kelembah penolakan terutamanya dari generasi muda;dan
Ketiga, perubahan dalaman jiwa dan minda setiapdaripada kita. Perubahan ini melibatkan watak, sudut pandang, perilaku, nilai dan budaya kerja.
97. Perubahan dan pembaharuan ini, tidak datang dengansendiri kerana ia datang bersyarat, sepertimanafirman Ilahi dalam sebahagian ayat ke 11 surah Ar-Ra’d yang berbunyi:
اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaansuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan dirimereka sendiri
98. Dengan harapan itu, marilah kita bersama-sama terusmengorak langkah ke hadapan, kita wajahkansemula Malaysia sebagai sebuah negara yang بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ baldatun thayyibatun wa rabbunghafur … negara yang mengumpulkan kebaikanalam dan kebaikan perilaku penduduknya. Ataulebih luas, sebuah negara yang mengumpulkankebaikan dunia dan akhirat.
99. Mari kita gilap semangat dan idealisme perjuanganparti yang diharapkan rakyat. Daripada latarbelakang kaum, kelas dan profesien yang pelbagai, mari kita jalin semangat setiakawan, dan kita binaparti ini dengan kekuatan yang satu.
100. Mari kita jayakan tata kelola politik baharu yang matang dan segar agar UMNO menjadi sebuah parti yang berdisiplin, cekap dan efisien dan harapanyang diberikan rakyat tidak disia-siakan.
Sekian, wabilahhi tawfiq wal hidayahwassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh