November 16, 2024

MASIH ada ahli UMNO yang keliru berhubung “keputusan” yang dibuat ketika perhimpunan agung UMNO (PAU2021) – “No Anwar, No DAP dan No PPBM”.

Geng broker masih gigih berusaha memutar belitkan isu tersebut bagi mengelirukan ahli UMNO dengan tujuan utamanya adalah untuk memburukkan imej Presiden, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebenarnya, keputusan yang dibuat ketika PAU tersebut adalah mengenai penolakan kerjasama dengan parti politik bagi menghadapi PRU15.

Apa yang berlaku selepas pru15 adalah UMNO-BN bersetuju untuk bersama dengan Pakatan Harapan,Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah di dalam pembentukan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh YDPA.

Ahli UMNO telah dijelaskan oleh Presiden parti bahawa keputusan awal selepas BN kalah dan hanya mempunyai 30 kerusi parlimen adalah menjadi pembangkang yang berwibawa dan beranggapan Pakatan Harapan akan menubuhkan kerajaan dengan Perikatan Nasional.

Zahid juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO-BN tiada masalah sekiranya Pakatan Harapan menerima Perikatan Nasional sebagai komponen pentadbiran kerajaan tetapi mengenakan satu syarat sahaja, Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tiada apa yang mengelirukan dengan keputusan yang dibuat secara konsensus antara 30 ahli parlimen BN selepas pru15. Yang cuba memanipulasi dengan niat supaya imej Zahid rosak adalah geng broker kerana mempunyai agenda peribadi dan kelangsungan politik Muhyiddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *