November 16, 2024

TEKA-teki mula terjawab kenapa Muhyiddin dilihat tidak ambil kisah apabila digelar sebagai Perdana Menteri yang gagal, PM Koyak, Kerajaan Tebuk Atap, Kerajaan 17 bulan malah rela mengkhianati rakan seperjuangan termasuk Mahathir dan kerajaan tersebut tumbang setelah 22 bulan memerintah.

Jawapannya boleh dilihat apabila SPRM menahan seorang individu yang berjawatan CEO sebuah syarikat yang juga Timbalan Ketua Bahagian PPBM Segambut dan beliau juga adalah sepupu kepada menantu Muhyiddin Yassin.

Adam Radlan Adam Muhammad ditahan reman oleh SPRM kerana disyakki menjadi orang tengah atau broker berkaitan projek pakej stimulus Covid-19 yang bernilai RM92.5 bilion.

Suspek jenayah rasuah ini dikatakan mengenakan dan mengambil rasuah daripada kontraktor yang terlibat di dalam pakej rangsangan tersebut dan dianggarkan nilai jenayah rasuah tersebut adalah lebih daripada RM4.5 bilion berdasarkan caj 3-5% yang dikenakan kepada setiap kontraktor mengikut nilai projek.

Kontraktor yang dipanggil untuk siasatan dikatakan turut mengaku memberikan rasuah tersebut dengan memasukkannya ke dalam akaun parti politik tertentu.

Muhyiddin masih belum memberi kenyataan berhubung penangkapan ini dan dikhabarkan masih bercuti bersama keluarga di London.

Patutlah Muhyiddin bersungguh untuk menjadi kerajaan selepas pilihanraya umum ke-15 dan sanggup lagi sekali menerima walau hanya 10 orang ahli parlimen dari BN dan bukan kesemua secara en-bloc.

Muhyiddin juga menolak untuk bersama kerajaan perpaduan dengan pelbagai alasan dan terus-menerus menyerang UMNO-BN melalui PAS sebagai lidah Perikatan Nasional.

Pelbagai kecaman Haji Hadi lemparkan kepada UMNO-BN kerana tidak memilih Perikatan Nasional sebaliknya memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.

Langkah Muhyiddin sudah boleh dibaca kenapa beliau begitu bersungguh sehingga kelihatan sanggup untuk menebuk atap sekali lagi dan rakyat juga sedang menunggu adakah PAS juga turut terlibat di dalam lingkaran rompakan duit rakyat terbesar di dalam sejarah negara ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *