November 16, 2024

GENG broker kehabisan modal untuk menyerang dengan niat memburukkan nama dan imej Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus menerus.

Geng broker terpaksa memutarbelitkan apa juga isu untuk diulang-siar supaya terutamanya ahli UMNO keliru dan agenda utama mereka untuk merosakkan nama baik Presiden parti tercapai sempena pemilihan nanti.

Geng broker menggunakan isu Zahid “bersumpah” tidak akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Ahli UMNO yang hanya membaca tajuk sebaran sahaja maka akan termakan dengan umpan jahat tersebut.

Hakikatnya Zahid bersumpah ini sebenarnya adalah bukti bahawa beliau menyokong kerajaan keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Ismail Sabri. Lihat pada tarikh artikel tersebut dikeluarkan, 10 Ogos 2021 di akhbar Sinar Harian.

Ketika ini sudah ada gerakan untuk menyingkirkan Zahid dari jawatan Presiden dengan mendesak beliau berundur secara hormat menggunakan isu beliau berhadapan kes mahkamah tetapi usaha tersebut gagal dan mereka mula mencari jalan menggunakan pendekatan lain pula.

Ahli UMNO yang matang akan melihat bagaimana turutan tindakan Zahid yang sentiasa mementingkan parti lebih dari diri sendiri.

Kronologi bukti Zahid lebih pentingkan parti:-

  1. Menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan di dalam penubuhan kerajaan dan memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9
  2. Membawa usul tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional di dalam pilihanraya umum ke-15 walaupun mendapat tentangan hebat dari geng broker yang ingin membawa UMNO-BN ke kaki Muhyiddin.
  3. Selepas PRU15, Zahid kekal dengan pendirian “solo” dan menjadi pembangkang di dewan parlimen dengan tidak menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Namun setelah YDPA mencadangkan agar kerajaan perpaduan diwujudkan, Zahid mengambil keputusan yang matang iaitu bersetuju bahas parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak akan memimpin negara dan mengambil sikap terbuka sekiranya Perikatan Nasional ingin turut serta sebagai anggota kerajaan perpaduan dan bukannya sebagai parti yang memimpin kerajaan.

Tiga peristiwa penting ini adalah bukti Zahid meletakkan kepentingan parti melebihi segalanya. Tindakan geng broker hanyalah cubaan berterusan memburukkan nama baik Presiden UMNO kerana usaha mereka gagal termasuk membawa 10 orang ahli parlimen BN kepada Muhyiddin kerana gila kuasa ingin menjadi Perdana Menteri.

Kini punca utama kekalahan UMNO-BN semakin terjawab, bukan sahaja disabotaj dari dalam oleh geng broker supaya BN kalah tetapi skandal merasuah pengundi secara besar-besaran dengan dana yang begitu banyak mula terbongkar.

Geng broker akan tetap berusaha merosakkan UMNO dari dalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *