December 18, 2024

KES jenayah rasuah pengundi ketika pilihanraya umum ke-15 baru-baru ini di parlimen Masjid Tanah dikatakan sedang berada di dalam siasatan pihak polis dan SPR.

Dikatakan sejumlah saksi telah dipanggil untuk siasatan dan mengaku menerima wang tunai antara RM300-RM500 seorang.

Sumber bilik gerakan mengatakan bahawa kejadian yang dirakam adalah di sebuah rumah yang disewa khas sebagai tempat kegunaan jentera Perikatan Nasional Parlimen Masjid Tanah. Diberitakan mereka yang terlibat telah diambil keterangan.

Terdapat beberapa kes lagi yang sedang disiasat dengan pembuktian rakaman video dan gambar di seluruh negara termasuk Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri.

Kepada sesiapa yang mempunyai bahan bukti seperti yang tertera diharap pergi ke balai polis berdekatan dan serahkan bukti perlakuan jenayah rasuah besar-besaran ketika berlangsungnya pilihanraya umum bagi negara ini.

Hindari perbuatan subahat sekiranya kita ingin negara diperintah oleh kerajaan yang bersih.

Kerajaan tertubuh dengan asas jenayah rasuah tidak akan mempeduli rakyat kerana bagi mereka kuasa dapat dibeli setiap 5 tahun sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *