December 18, 2024

Telah lebih 70 tahun UMNO menyeru kepada perpaduan Melayu dan Islam. Malah inilah juga asas tertubuhnya parti UMNO, menjaga kepentingan Melayu, membela agama Islam, memastikan kaum bumiputra mendapatkan haknya dan tidak meminggirkan kaum dan agama lain.

Sejarah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah bukti betapa UMNO bersetuju untuk bersama dengan kaum lain mentadbir negara melalui parti berasaskan kaum tertentu. Ketika itu parti politik MCA ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum Tion Hua dan kaum India dijaga oleh parti politik MIC.

Masa berlalu, geo politik juga berubah. Perpecahan parti politik tidak dapat dielakkan dan ini berlaku antaranya kerana tidak puas hati terutamanya ada pemilihan merebut jawatan, dipecat dari dari parti dan pelbagai alasan yang hampir kesemuanya adalah kerana kuasa.

PAS, Semangat 46, PKR, PPBM dan Pejuang adalah serpihan parti UMNO. Tertubuhnya parti-parti tersebut adalah tanpa sekatan kerana Malaysia mengamalkan demokrasi, sesiapa sahaja bebas untuk bersuara dan berpersatuan termasuk berpolitik selagi tidak mengancam keselamatan negara. Ini semua parti yang ditubuhkan oleh individu berbangsa Melayu dan beragama Islam.

UMNO sentiasa terbuka, tiada dasar tutup pintu sekiranya ada parti yang ingin sertai komponen di bawah Barisan Nasional dengan syarat seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti.

UMNO akan bertindak balas dengan menjauhi dan bukannya menutup terus pintu rundingan. Malah UMNO membuat keputusan menjauhi PAS dan PPBM setelah meneliti kesan mudarat yang bakal diterima oleh Barisan Nasional sekiranya menerima atau menolak penyertaan parti tersebut.

UMNO pernah menerima PAS untuk bersama di dalam wadah Muafakat Nasional sehinggakan UMNO menyediakan sebuah bilik khas di bangunan milik UMNO, iaitu di PWTC. Itu adalah bukti komitmen tertinggi UMNO terhadap perjuangan bersama PAS.

Ketika itu, PAS diejek dan dihina oleh Muhyiddin namun UMNO telah pertahankan tetapi akhirnya PAS tinggalkan UMNO untuk bersama dengan PPBM. Timbul pertanyaan, kenapa PAS tergesa-gesa tinggalkan UMNO?

Jawapannya mudah, ada sekelompok pemimpin di dalam UMNO melihat UMNO-BN akan bangkit untuk menjadi kerajaan kembali pada PRU15 melalui ikatan Muafakat Nasional dan Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri ke-10.

Kumpulan yang dikenali sebagai Geng Broker ini mencari helah dan jalan supaya Zahid diketepikan. Caranya mudah, pisahkan UMNO dengan PAS dengan menghancurkan Muafakat Nasional dan tinggalkan Zahid bersama pemimpin yang menyokongnya sementara yang lain bersama Muhyiddin dan PAS melalui Perikatan Nasional.

Perancangan geng broker berjaya, PAS dan UMNO berpisah sementara Zahid cuba disingkirkan dari jawatan Presiden. Tetapi malangnya perancangan mendesak Zahid undur diri dari jawatannya tidak berhasil.

Perancangan Allah adalah Maha Hebat mengatasi perancangan manusia. Allah merancang dan Allah juga membuat keputusan.

Tindakan Zahid menjauhi PAS dan PPBM adalah satu keputusan yang tepat. Geng ini hanya gila kuasa dan bukannya perjuangkan masalah rakyat.

Apabila Zahid bersetuju Perikatan Nasional bersama di dalam pembentukan kerajaan persekutuan, bukankah itu tandanya Zahid masih meletakkan keutamaan perpaduan Melayu dan Islam sebagai asas perjalanan politiknya dan UMNO?

Rakyat tahu kenapa Muhyiddin tolak jemputan Anwar untuk bersama kerajaan perpaduan. Kerana jawatan PM bukannya Muhyiddin. Ketika ini apa yang ada di dalam pemikiran PAS dan PPBM? Kuasa atau perpaduan?

Benarkah PAS berlari mengadap Muhyiddin kerana tawaran RM300juta?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *