December 18, 2024

KEMPEN dari geng broker memasuki fasa agresif apabila mula memainkan naratif 100 orang Ketua Bahagian UMNO mulakan kempen secara senyap menolak Dato Seri Dr Ahmad Zahid sebagai presiden UMNO dengan menggunakan tag-line “asal bukan zahid”.

Geng broker juga cuba menampakkan bahawa Hishammuddin adalah penyelamat parti setelah UMNO kalah teruk di PRU15.

Kelemahan geng broker adalah di dalam propaganda angka sokongan ketua bahagian UMNO kerana pada hakikatnya hanya sebilangan kecil sahaja daripada yang memegang jawatan tersebut yang menyokong Hishammuddin. Jumlah yang selama ini “dijaga” oleh Hishammuddin dan geng ketua bahagian ini mudah dikenali kerana mereka sentiasa memakai baju korporat yang tertera nama Hishammudin iaitu “H20”.

Naratif angka propa adalah 100 orang tetapi yang menyokong Hishammuddin adalah 50 orang? Selebihnya menyokong Ismail dan Kj?

Ahli UMNO sudah lama mengenal Hishammuddin, seorang yang penakut dan dayus. Kes cium keris ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia satu ketika dahulu telah mempamirkan wajah beliau yang sebenar. Cium keris di hari perasmian persidangan Pemuda UMNO Malaysia dan kemudian meminta maaf dengan bangsa lain kononnya beliau tidak sepatutnya mencium keris lambang kemegahan Melayu turun temurun.

Sebenarnya apa yang perlu ahli UMNO lihat secara jelas adalah, “UNDI HISHAMMUDDIN, ISMAIL,KJ maka anda dapat MUHYIDDIN”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *