September 20, 2024

DEMI menguatkan UMNO-BN negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali diberitakan telah bersetuju untuk melepaskan jawatannya.

Ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula UMNO-BN negeri itu untuk menjadikan Melaka sebagai pilot projek merampas kembali kerusi parlimen. Keputusan pilihanraya umum ke-15 menyaksikan BN Melaka kalah teruk bagi kerusi parlimen. Kalah di kesemua kerusi parlimen yang mana telah menimbulkan persoalan besar kerana di pilihanraya negeri, UMNO-BN menang majoriti 2/3 kerusi DUN.

Keputusan PRU15 kerusi parlimen Melaka menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan UMNO-BN Melaka mengambil inisiatif segera untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat.

Antara yang diberi perhatian adalah melantik Sulaiman sebagai ketua penyelaras kerusi parlimen Melaka dengan mengambil pendekatan mengenalpasti lebih awal calon parlimen bagi sesi PRU16.

Melalui kajiselidik awal, Sulaiman didapati lebih sesuai untuk berada di kerusi parlimen. Beliau lebih layak untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran di peringkat pusat.

Menurut sumber, Sulaiman telah menghantar isyarat jelas kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid berhubung perancangan dan penstrukturan UMNO-BN Melaka. Transisi kepimpinan utama negeri akan berlaku dengan murni dan kerajaan negeri bakal menerima Ketua Menteri yang baharu pada masa yang terdekat.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka adalah calon paling layak disebut sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

baca juga di sini:-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *