September 20, 2024

GENG broker politik yang hidup mencari makan sesuap nasi untuk keluarga akhirnya terpaksa mempertahankan Kerajaan Tebuk Atap dengan naratif bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin adalah lebih baik daripada Kerajaan Keluarga Malaysia dan Kerajaan Perpaduan.

Prestasi buruk Muhyiddin selama 17 bulan sebagai PM8 sehinggakan digelar malah terkenal tular dengan “PM Gagal” dan “PM Koyak” sedang cuba diperbaiki oleh geng broker untuk menjadikan Muhyiddin sebagai PM yang terbaik.

Kerajaan Tebuk atap diwarisi dari Kerajaan Mahathir yang juga gagal. Kerajaan yang dibentuk dengan gabungan UMNO dan PAS melalui “Langkah Sheraton”. Sebenarnya kerajaan ini hasil tipu daya Muhyiddin dengan beberapa pemimpin di dalam kerajaan Mahathir yang ternampak peluang untuk menubuhkan kerajaan apabila berlakunya keretakan yang besar apabila Mahahir enggan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Muhyiddin mula memujuk pemimpin UMNO-BN, PAS dan parti dari Sabah dan Sarawak. Jika diamati, peringkat awal Muhyiddin bijak melibatkan Presiden UMNO kerana UMNO-BN memenangi kerusi yang banyak pada PRU14. Tapi akhirnya Zahid dipinggirkan dengan alasan ada kes di mahkamah. Ini adalah langkah pertama untuk singkirkan Zahid di dalam kerajaan Tebuk Atap.

Setelah Muhyiddin gagal, Ismail Sabri mewarisi kedudukan Muhyiddin. Di sinilah bermula secara terang-terangan kempen menolak Zahid supaya berundur dari jawatan Presiden UMNO. Masih dengan naratif yang sama iaitu Zahid ada kes di mahkamah yang belum selesai. Menjenamakan kerajaan sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia tidak memberikan impak yang boleh dibanggakan. Peralihan dari era pandemik covid19 kepada memasuki fasa endamik berlaku hanyalah kerana program vaksinasi yang rancak di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Ismail banyak menggunakan alasan penurunan jangkitan covid19 sebagai kejayaan besar beliau sebagai PM9 dan ini sesuatu yang memalukan. Perjalanan ke luar negara untuk menarik pelabur juga gagal kerana angka pertambahan pelaburan yang masuk adalah dari pelabur sediaada. Pelabur menambah pelaburan kerana terpaksa menggandakan modal baharu operasi akibat kerugian di sepanjang wabak tersebut berlaku.

Ismail dibayangi oleh Muhyiddin dan dianggap boneka Muhyiddin. Boleh dilihat dengan mudah bagaimana takutnya Ismail kepada Muhyiddin apabila di setiap pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Melaka serta Johor, Ismail muncul secara sembunyi sahaja. Seorang perdana menteri turun di PRK dan PRN tanpa liputan besar dari media perdana termasuk media digital dan siaran dari stesen TV.

Sepatutnya Ismail membubarkan parlimen seawal selepas kemenangan di PRN Johor tetapi beliau seolah mendapat tentangan keras dari Muhyiddin?

Kerajaan Perpaduan adalah gabungan parti yang bersetuju membentuk kerajaan atas nasihat YDPA. Pakatan Harapan diberikan mandat oleh istana untuk mencari rakan strategik bagi membentuk kerajaan ini kerana PH mempunyai kelebihan kerusi berbanding dengan gabungan yang lain.

Anwar bertindak menawarkan kepada Muhyiddin dan Zahid dan berakhir dengan hanya BN dan parti gabungan dari Sabah dan Sarawak sahaja yang menyahut nasihat daripada YDPA dengan syarat Anwar sebagai PM walaupun sekiranya Muhyiddin sanggup bersama membentuk kerajaan. Muhyiddin dengan sombong menolak tanpa berbincang dengan PAS.

Kini hampir setiap hari Muhyiddin menggunakan Hj Hadi untuk menyalak menyalahkan UMNO-BN kerana bersama Kerajaan Perpaduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *