November 16, 2024

Melaka: Cakap orang politik kena lihat pada makna di sebaliknya. Kalau dia geleng kepala itu bermakna dia setuju dan kalau mengangguk itu belum tentu dia bersetuju. Itu kebiasaannya.

Di kedai kopi popular Melaka sudah rancak dibualkan bahawa UMNO Melaka akan membuat perubahan yang drastik berdasarkan keputusan PRU15 baru-baru ini.

Menurut sumber, UMNO dan BN Melaka akan memberikan tugas khas kepada Datuk Seri Utama Dr Sulaiman Md Ali untuk memimpin, merangka dan melaksanakan program tawan semula parlimen negeri Melaka.

Sulaiman Md Ali adalah calon paling sesuai untuk ‘projek tawan semula parlimen Melaka’ berdasarkan penerimaan rakyat terhadap sosok tubuhnya secara peribadi.

UMNO dan BN Melaka mengatur strategi yang lebih berfokus supaya DUN dan Parlimen dapat diberikan tumpuan khas dan mempunyai kepimpinan berasingan bagi memudahkan gerakkerja. Tiada perubahan dari segi struktur kepimpinan UMNO dan BN Melaka, cuma melibatkan pengasingan tumpuan dua kerusi berbeza.

Mungkin UMNO dan BN Melaka adalah negeri pertama yang bakal mewujudkan pengerusi jentera parlimen dan dun. ‘Pilot projek’ ini bakal mengubah landskap politik UMNO dan BN negeri itu sendiri.

Kepimpinan UMNO dan BN Melaka tiada halangan dengan pertukaran Ketua Menteri.

1 thought on “Pertukaran Ketua Menteri Melaka pada Januari 2023?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *