September 20, 2024

PETALING JAYA: Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang pelacur warga Vietnam.


Tertuduh, Muhammad Mursyidien Azrai Nawi, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, kira-kira jam 6.50 petang 31 Ogos lalu.


Tertuduh, Muhammad Mursyidien Azrai Nawi, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang didakwa melakukan rompakan bersenjata menggunakan sebilah pisau dan melarikan wang tunai berjumlah RM1,800 bersama dua telefon bimbit berjenama milik wanita tersebut.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 6.50 petang di sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya dalam daerah Melaka Tengah pada 31 Ogos lalu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Ishak Mohd Kari yang mewakili tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya anggota berpangkat rendah dan menanggung ibu bapa yang uzur.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan menetapkan 14 Feb depan sebagai sebutan semula kes.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *