September 20, 2024

PRESIDEN UMNO sejak awal penubuhan parti lagi menjadi sasaran utama musuh politiknya. Menyerang parti tidak akan membawa apa-apa kesan yang besar maka hala serangan lebih tertumpu dan berkesan apabila menyerang Presiden UMNO samada dengan fitnah rekaan atau menimbulkan persepsi buruk terhadap batang tubuhnya.

Serangan akan menjadi lebih berkesan sekiranya ada unsur gabungan antara petualang parti sendiri dan musuh tradisi politiknya.

Tunku Abdul Rahman turut diserang. Ketika itu tular surat yang ditulis oleh Mahathir berhubung kelemahan pentadbiran kerajaan berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969. Begitu juga mengkritik Perdana Menteri Tun Hussein Onn juga dimulakan oleh Mahahir sehinggakan Tun Hissein mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kesal melantik Mahathir sebagai Timbalannya.

Tindakan Mahathir sebenarnya memudahkan kerja pihak musuh UMNO. Parti berkecamuk di peringkat dalaman lebih mudah untuk ditewaskan.

22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4, dia menyekat kebebasan bersuara dengan mengawal media ketika itu termasuk TV dan akhbar perdana. Sesiapa yang melawan beliau akan menerima balasan yang berakhir dengan pemgakhiran karier politik mereka. Anwar antara seorang individu yang menanggung akibat kerana melawan Mahathir. Ramai lagi termasuk Ku Li yang akhirnya menubuhkan parti Semangat 46 sebelum membubarkannya dan kembali kepada UMNO apabila Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Kini Mahathir, Muhyiddin dan geng broker menggunakan strategi yang sama untuk menyingkirkan Zahid kerana beliau adalah Presiden UMNO pada masa kini.

Cara paling mudah, mereka menggunakan taktik yang sama bagaimana untuk mematikan langkah Anwar iaitu dengan melakukan pendakwaan terpilih walaupun siasatan belum lengkap kerana persepsi mudah terbentuk apabila mana-mana individu yang dibicarakan di mahkamah maka buruklah maruah dan imej mereka walaupun kes sedang berjalan dan menang-kalah belum pasti. Yang penting adalah lakukan pendakwaan terlebih dahulu.

Mahthir lakukan sekali lagi ketika berjaya menjadi PM7, disambung oleh Muhyiddin selepas beliau menubuhkan kerajaan tebuk atap dengan berganding dengan beberapa pemimpin UMNO dan PAS.

Kumpulan ini berselindung di sebalik tidak mencampuri urusan mahkamah sedangkan mereka membiarkan perjalanan kes Zahid dalam walau keadaan menimbulkan keraguan pada bentuk keadilannya kepada kes tersebut.

Masih dengan strategi yang sama digunakan oleh Mahathir. Menggunakan broker dan petualang dari dalam parti untuk menekan Zahid yang kononnya perlu meletakkan jawatan kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Seterusnya menggunakan keputusan pilihanraya umum baru-baru ini kononnya Zahid bersalah di dalam strategi meletak calon. Semua salah Zahid dan kepimpinan Top 5 tidak disalahkan kerana di dalamnya ada individu yang yang mereka ingin jadikan pengganti Zahid.

Poster Boy selamat walaupun beliau adalah individu yang meroyan saban hari agar dijadikan PM10 sekiranya BN menang PRU15. Apa dia buat sepanjang kempen? Hiasi muka sendiri dan turun hanya ke kawasan Hishammuddin dan KJ?

Geng broker sedang membersihkan nama Muhyiddin kononnya tidak terlibat di dalam cubaan mengharamkan UMNO.

Jika tidak kerana Anwar menghalang tindakan Muhyiddin tersebut maka sudah pasti UMNO dan BN berkubur sebelum PRU15. Ketika itu Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri. Mahathir pula sebagai PM7.
Anda boleh agak siapa arah Muhyiddin ketika itu.

Selepas Muhyiddin berkomplot dengan PAS dan sebilang kecil ahli parlimen UMNO, usaha menguburkan UMNO diteruskan tetapi dengan langkah menamatkan karier politik Zahid terlebih dahulu.

Apabila Ismail Sabri menjadi PM9, desakan dari beberapa ketua bahagian UMNO, ketua Wanita, ketua puteri dan pemuda pula timbul dan semakin kuat berkumandang walaupun ianya datang dari kelompok yang kecil. Mereka inilah yang dikenali sebagai Geng Broker. Kerja mereka adalah cuba melacurkan UMNO kepada Muhyiddin. Ismail Sabri menafikan itu adalah dari gerakannya.

Terkini, ketika keputusan PRU15, nama Hishammuddin pula didedahkan oleh Hj Hadi sebagai individu yang membawa 10 nama ahli parlimen BN menyokong Muhyiddin. Di waktu yang sama, Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Naib Ketua Pemuda Malaysia, Menteri Besar Johor dan beberapa kerat kepimpinan bahagian tiba-tiba mendesak Zahid melepaskan jawatan.

Kumpulan broker kini semakin berani menonjolkan diri kerana mereka hilang arah apabila Zahid semakin dilihat kekal mendapat sokongan majoriti ketua bahagian UMNO seluruh negara dan dari akar umbi.

Kumpulan broker ini tidak akan berhenti kerana kiblat mereka bukan lagi kepada UMNO tetapi kepada kuasa. Bagi mereka adalah satu kepuasan sekiranya tuan yang membiayai gerakan menjatuhkan presiden UMNO dapat menjadi sebahagian dari kumpulan yang taat kepada Muhyiddin.

Mereka percaya Muhyiddin melebihi segalanya. Khurafat taat kepada Muhyiddin sehinggakan mereka menjadi bodoh. Selagi wujudnya geng penyembah ini maka UMNO tidak akan aman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *