November 10, 2024

GIGIH berusaha memprovokasi kononnya Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi takut untuk bertanding mempertahankan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang.

Cadangan dari pelbagai peringkat kepimpinan parti dan juga dari akar umbi supaya tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menyebabkan timbulnya situasi yang tidak selesa bagi kem broker politik. Saranan ini adalah pandangan peribadi dengan harapan tiada lagi perpecahan dalaman dan situasi tersebut dapat dibendung sementara untuk memulihkan semangat ahli yang baharu berhadapan dengan keputusan PRU15.

Kalau diperhatikan, individu dari kumpulan yang sama dengan geng mendesak Zahid supaya berundur dengan alasan BN kalah di PRU baru-baru ini. Kenapa perlu membuat kenyataan murahan dengan alasan yang tidak munasabah apabila motifnya jelas. Berterus-terang sahajalah bahawa pemilihan perlu diadakan kerana sudah tidak percayakan Presiden parti sendiri dan bukannya menggunakan alasan seolah Zahid bukannya seorang yang berani.

Hari ini akhbar-akhbar utama negara seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dilihat seperti berkerjasama dengan gigih mengeluarkan artikel ‘Reverse psychology” seolah Zahid sedang mengatur supaya tiada pertandingan bagi jawatan Presiden.

Geng broker tidak lakukan kajiselidik terlebih dahulu mengenai sejarah perjalanan politik Zahid bermula dengan bagaimana beliau berjaya di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Lawan Zahid ketika itu adalah menteri dan ketua menteri.

Begitu juga ketika Zahid bertanding dijawatan Presiden, Ku Li dan KJ adalah individu yang turut sama di dalam pemilihan itu. Ketika ini Zahid tidak sedikit pun menunjukkan riak untuk menang jawatan Presiden tanpa bertanding malah mengalu-alukan demokrasi yang begitu subur di dalam UMNO.

Langkah geng broker ini menunjukkan gerakan mereka masih belum berakhir. Nampak jelas geng broker begitu kuat berganding bahu dengan musuh politik UMNO dan mereka menggunakan media yang berpengaruh untuk menyerang kedudukan Zahid malah turut juga menyerang Anwar dengan menggunakan Mahathir kononnya berbentuk wawancara.

Ahli UMNO boleh melihat dengan jelas cara dan siapakah yang menjadi titik fokus serangan serta kumpulan mana yang bersama bekerja keras di dalam langkah merosakkan kerajaan perpaduan ini.

Dengan baki duit lebihan dana pilihanraya yang ada, banyak lagi serangan menggunakan kekuatan aset media yang akan mereka gunakan dan gabungan antara geng broker-anti kerajaan perpaduan akan sentiasa mencari jalan memburukkan Anwar-Zahid.

Justeru, tidak mustahil akan berlaku politik wang yang berskala mega di dalam pemilihan UMNO kelak. Itu antara cara yang akan mereka gunakan untuk mengalahkan Zahid kerana akar umbi sejak dari dahulu majoritinya yakin dan percaya Zahid boleh mengemudi UMNO dengan baik.

Usaha merosakkan reputasi Kerajaan Perpaduan dengan menyerang pemilihan UMNO juga menjadi agenda utama geng broker-kumpulan anti kerajaan perpaduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *