SEMBRONG: Apabila hendak bercakap soal menang atau kalah di dalam sesuatu pertandingan, semua boleh bercakap tetapi yang sibuk bercakap biasanya tidak melihat cermin.
Hishammuddin Hussien menjadi tumpuan utama sejak terbongkarnya beliau adalah dalang yang membawa 10 surat akuan bersumpah wakil rakyat BN kepada Muhyiddin Yassin. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Presiden PAS, Hadi Awang.
Persoalan mula bermain di kalangan ahli UMNO, kenapa Hishammuddin melakukan tindakan tersebut? Adakah dari awal lagi beliau sudah melakukan rundingan dengan Muhyiddin secara sulit?
Khabar angin juga bertipu bahawa yang terlibat menyokong Muhyiddin mendapat habuan RM5juta sebagai pendahuluan selain daripada akan dilantik sebagai menteri? Perbuatan Hishammuddin ini bakal terlepas begitu sahaja? Bagaimana pula nasib dengan ahli parlimen BN yang tersungkur di kaki Muhyiddin?
Tiada sedikit pun perasaan malu dan rasa bersalah apabila bertindak membelakangkan Presiden dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi. Hishammuddin sebagai Setiausaha Barisan Nasional tidak membawa semangat BN dalam tindakan yang tidak bermaruah tersebut.
Berapa kumpulan broker ada di dalam UMNO? Siapa lagi ketua broker selain Hishammuddin?
Segala persoalan ini masih belum terjawab tetapi peranan broker politik adalah antara punca utama BN kalah teruk di PRU15. Mungkin mereka juga turut mensabotaj parti dengan berkempen supaya calon BN kalah dan melibagkan wang yang begitu banyak?
Hanya Hisammuddin yang boleh meleraikan isu yang memalukan ini. Bertanding di dalam gelanggang UMNO tidak berani tetapi menjalankan kerja broker dialah yang onarnya dan dialah juga petualangnya serta dialah juga yang tampil di hadapan media bercakap isu kembalikan keyakinan rakyat.