November 16, 2024

Susulan kejayaan pasukan Argentina merangkul gelaran juara Piala Dunia Qatar 2022 pada 18 Disember lalu, Bank Negara Argentina sedang dalam perbincangan untuk mencetak wajah pemain bola terkenal, Lionel Messi pada wang kertas bernilai 1,000 peso.

Dua kali rangkul anugerah ‘Golden Ball’

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat sebagai penghormatan serta penghargaan selepas pelbagai sumbangan besar dan bertaraf dunia yang diberikan kepada Argentina hasil usaha daripada pemain berusia 35 tahun itu.

Bukan itu saja, bintang bola sepak yang mengenakan jersi bernombor 10 itu turut mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama yang mendapat anugerah ‘Golden Ball’ sebanyak dua kali sepanjang beraksi dalam Piala Dunia.

Prestasi Messi sepanjang kejohanan bola sepak terbesar dunia itu turut menguatkan lagi keputusan perbincangan untuk meletakkan wajahnya pada wang kertas Argentina selain merangkul Ballon d’Or sebanyak tujuh kali.

Argentina considering putting Lionel Messi on NOTES after PSG superstar fired them to World Cup final glory

Hanya sebagai gurauan

Ternyata, keputusan untuk mencetak wajah pemain kegemaran ramai itu pada awalnya hanyalah sekadar gurauan yang dibuat oleh salah seorang pegawai di Bank Negara Argentina yang kemudiannya diambil serius oleh pihak bank dan mula dibincangkan sebelum bermulanya final Piala Dunia menentang Perancis.

Malah, pemilihan untuk meletakkan wajah Messi pada wang bernilai 1,000 peso juga difahamkan kerana angka ’10’ yang terdapat pada not tersebut dan begitu sinonim dengan bintang itu sendiri kerana mengenakan jersi menggunakan nombor yang sama.

Sumber: @sportbible, ElFinanciero

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *