Imej seseorang hakim dan sesebuah mahkamah akan rosak apabila perjalanan sesebuah kes adalah bermotifkan dendam termasuk dendam politik.
Konspirasi tahap tertinggi negara dilakukan untuk membunuh karier politik seseorang dan diwaktu yang sama untuk melemahkan kedudukan sesebuah parti politik. Itu adalah jalan pintas dan cara terpantas untuk hapuskan musuh politik.
Orang awam boleh menilai sesebuah kes terutama apabila melibatkan pemimpin atau figura politik. Dunia tanpa sempadan menyebabkan carian untuk mengetahui kekuatan sesebuah kes itu benar-benar wujud atau kes tersebut sengaja dicipta.
Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim ketika sesi perbahasan di parlimen semalam membuat kenyataan dengan tegas dengan membayangkan akan melakukan reformasi kehakiman supaya imej mahkamah dapat dipulihkan segera. Campurtangan untuk menaikkan kembali maruah sistem keadilan negara perlu dan berbeza dengan mencampuri urusan mahkamah untuk melepaskan individu tertentu atau untuk mengenakan seseorang.
“Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum, mengada-ngadakan..” – kata Anwar ketika menjelaskan bagaimana kes beliau yang pertama berlaku ketika Mahathir menjadi PM.
Zahid dan Najib tidak pernah meminta kes mereka dibuang atau dihentikan. Apa yang sentiasa mereka ulangi adalah supaya kes yang mereka hadapi diadili seadilnya.
Ismail, samada beliau menggunakan alasan supaya dirinya nampak bersih dengan tidak mencampuri urusan mahkamah atau ada niat lain maka itu terserah kepada dirinya sendiri.
Ismail sebenarnya terlepas peluang terbaik untuk perbetulkan apa yang dibuat tidak betul oleh Mahathir dan Muhyiddin. Ismail mungkin memilih jalan untuk selamatkan dan mengukuhkan kedudukan sendiri dengan mengambil kesempatan atas tindakan Mahathir dan Muhyiddin?