PUTRAJAYA: Keduanya nampak mirip, untuk kestabilan politik negara tetapi senarionya jauh berbeza.
MoU Ismail dan parti pembangkang di bawah Kerajaan Malaysia adalah untuk sama-sama memberi fokus kepada membangunkan negara selepas dilanda bala covid19 dengan mengambil penuh rasa tanggungjawab terhadap titah YDPA. Tersiratnya adalah supaya kuasa kerajaan Keluarga Malaysia tidak diganggu oleh parti lawan. Sebaliknya penganalisis politik melihat Ismail gagal mengawal keadaan politik negara dan ekonomi kekal yo-yo.
MoU Kerajaan Perpaduan secara jelas adalah perjanjian kesepakatan antara gabungan parti politik yang menyahut titah YDPA supaya diwujudkan sebuah kerajaan perpaduan demi memberi fokus kepada rakyat dan kemakmuran negara. Parti pembangkang tidak termasuk.
Jadi kenapa Perikatan Nasional cuba mengelirukan rakyat dengan tujuan MoU bagi kedua kerajaan ini? Pertama kali di dalam sejarah, Malaysia terpaksa ditadbir oleh gabungan parti politik kerana keputusan rakyat berbelah bagi. Tiada parti politik yang mendapat mandat walaupun dengan majoriti mudah.
Barisan Nasional dengan beberapa komponan parti di dalamnya, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional juga mempunyai beberapa parti bersama tetapi tetap gagal mencapai mejoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.
Hampir seminggu kerajaan tidak dapat ditubuhkan kerana masing-masing pada mulanya agak berkeras dengan prinsip perjuangan parti tetapi akhirnya BN membuat keputusan untuk bersama menjadi kerajaan dan turut bersetuju dengan keberadaan PN di dalam kerajaan cuma dengan syarat bukan Muhyiddin menjadi PM.
Syarat yang mudah diberikan oleh BN kerana Muhyiddin telah pun menjadi PM ke 8 dan gagal. Tambahan pula BN secara matangnya bersetuju Anwar sebagai PM kerana Pakatan Harapan lebih banyak kerusi yang dimenangi daripada PN.
Peluang sudah diberikan dan PN menolak. Sepatutnya PN mencalonkan juga wakil Pas sebagai PM atau TPM tetapi Muhyiddin tidak berbuat demikian dan Pas hanyalah pak turut walaupun menang lebih banyak kerusi daripada PPBM itu sendiri.