October 16, 2024

KERAJAAN wajib bertindak segera. Amalan membeli pengundi dengan berselindung di sebalik memberi duit tambang bas atau membantu membayar minyak kenderaan pulang mengundi di kampung tidak sepatutnya dibiarkan berlaku.

Tidak masuk akal parti politik memberi rasuah kepada pengundi kerana pengundi itu sendiri wajib merasakan tanggungjawab mereka di dalam sistem demokrasi negara tanpa perlu membudayakan bayar duit tambang balik ke kampung.

Menurut sumber yang sedang hangat, pengundi menerima antara RM300-RM1000 mengikut pola politik atau peratusan kecondongan kemenangan. Sekiranya kawasan tersebut agak sukar untuk menang tetapi masih boleh diubah angka undian maka besarlah jumlah rasuah yang akan diberikan.

Video yang terang-terang memaparkan pemberian rasuah sudah lama tersebar. Ada yang boleh dilihat wajah pemberi dan penerima. Ada juga video yang menunjukkan berlakunya acara bersumpah dengan menggunakan kalimat Allah dan ada juga video yang menunjukkan kekecohan kerana dikatakan wakil calon yang ditugaskan memberi membawa lari duit rasuah.

Rakyat terlalu ingin tahu apakah tindakan SPR dan SPRM terhadap amalan rasuah ini. Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang berita dari kedua agensi berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *