December 18, 2024

Putrajaya: Tidak menoleh ke belakang, tidak membuang masa dengan perkara remeh dan populis. Hanya memusatkan perhatian serta kudrat melaksanakan tanggungjawab dan amahan yang diberikan, itulah sosok tubuh Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak pernah berubah sejak berada di dalam dunia politik.

Samada menjawat jawatan di dalam parti atau berada di dalam koridor kuasa kerajaan. DS Zahid tidak berubah sejak dahulu lagi. Tidak membazir masa melayan kerenah dan mehnah terhadap serangan fitnah peribadi sebaliknya meletakkan pengharapan dan amanah rakyat sebagai keutamaan.

Tidak sampai seminggu beliau telah mula mempamirkan contoh kepada generasi baharu kepimpinan negara bagaimana gerak kerja yang sepatutnya sebagai seorang menteri. Memberi fokus kepada penyelesaian pendapatan isi rumah, melakukan analisa isu yang harus di tangani dan diperbaiki melalui pertemuan dengan pengurusan tertinggi di dalam kementerian yang diterajuinya bagi merangka plan tindakan dan penetapan misi serta visi yang perlu dicapai dengan segera.

Amanah tidak sekalipun dianggap beban tetapi sebagai faktor kunci kepada kembalinya keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Misi dan visi yang jelas serta rakyat boleh menjadi saksi bagaimana tindakan beliau apabila dilantik mempengerusikan Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Pusat. Beliau memperincikan tindakan dan persediaan menghadapi banjir dan bencana dengan turun meninjau sendiri di lokasi bencana termasuk kejadian terbaharu yang meragut lebih 20 nyawa di tapak perkhemahan di kawasan Batang Kali-Genting Highland.

Beliau membuktikan apa makna politik matang dan cakna rakyat. Walaupun menjadi sasaran cacian fitnah untuk memberi imej buruk kepada UMNO dan BN serta kerajaan perpaduan, DS Zahid telah menafikan “teori kesamaan fizik”, impak keras dari fitnah keji tidak berbalas dengan tindakan yang keras dan zalim, “tuba tidak berbalas racun tetapi berbalas dengan madu. Beliau pantas menghulurkan peruntukan segera sebagai jalan penyelesaian banjir termenung di Kelantan. Tiada pilih kasih.

DS Zahid memperlihatkan tahap berpolitik yang amat matang. Habis pilihanraya, rakyatlah yang menjadi keutamaan, tiada lagi persengketaan berpanjangan dengan musuh politik kerana di hadapan pemimpin adalah memakmurkan kehidupan jelata dan negara. Siri kempen pilihanraya hanya “air berkocak di dalam cawan”, umpama pergeseran pendapat sesama keluarga dan bukannya menjadi batuapi untuk merosakkan keharmonian yang telah lama terjalin sesama rakyat.

Anda perlu ingat satu perkara, siapa yang sentiasa basah bibirnya dengan “akhirat di depan”, itulah sosok tubuh yang meletakkan keutamaan terhadap parti yang didokongnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *