December 18, 2024

MARANG: Hudud sudah mati dalam perjuangan PAS?

Sejak pilihanraya umum ke-13, PAS sudah tidak menjadikan hukum hudud sebagai fokus utama baik sebagai wadah perjuangan atau manifesto pilihanraya termasuk pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri. PAS sudah tidak yakin dengan hukum Islam?

Presiden PAS, Hj Hadi dilihat sudah kecut takut untuk mengeluarkan dalil kenapa hudud tidak lagi perlu diperjuangkan di negara ini. Hj Hadi lebih memilih dalil undi PAS dan PPBM lebih diredhai dari undi parti lain?

Ahli PAS juga senada dengan Hj Hadi, tidak perlu lagi hudud didendangkan sebagai sebuah perjuangan kerana tidak lagi relevan? Kuasa dah dapat di beberapa negeri, apa lagi yang PAS tunggu?

Pilihanraya di beberapa negeri nanti adakah hukum Islam tersebut bakal diperjuangkan atau terus menerus tutup mulut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *