October 16, 2024

KETEREH: Annuar Musa memang licik. Perancangan merosakkan UMNO dengan menimbulkan pelbagai sangka jahat dari ahli kepada presiden UMNO hampir menggadaikan UMNO kepada Mahathir dan Muhyiddin untuk disembelih hidup-hidup.

Alasan kumpulan yang sedang popular dengan gelaran geng broker ini hanyalah menggunakan keadaan DS Zahid sedang turun-naik mahkamah. Mengelirukan ahli seakan DS Zahid akan bersalah dan mencemari imej UMNO dan Barisan Nasional.

Hampir sahaja DS Zahid termakan dengan umpan apabila Mahathir mengarahkan beliau untuk menguburkan UMNO. Kemudian Muhyiddin pula berusaha untuk mengharamkan UMNO dengan menggunakan ROS tetapi DS Zahid tidak putus asa mempertahan UMNO dari menjadikan bahan buli Mahathir dan Muhyiddin yang juga turut mendapat bantuan dari geng broker.

Melihat kepada senarai nama yang tersebar, ada ahli UMNO yang dilihat berada di dalamnya. Memang benar itu hanyalah bersifat NGO tetapi jangan lupa, sekali berbuat jahat maka ketagihnya sukar untuk dihilangkan. Adakah NGO yang dirompak namanya ini akan bertukar menjadi sebuah parti politik untuk menghadapi pilihanraya DUN di beberapa buah negeri? Lihat sajalah nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *