September 20, 2024

Beaufort: Suami isteri yang dilaporkan hilang selepas meninjau tanah di Kampung Ulu Binsulok, Membakut, Sabtu lalu, ditemukan selamat, hari ini.

Amir Hamjah Abdul Kahfi, 43, dan isterinya, Rita Hijiyah Mohd Syuaib, 43, ditemui orang awam, 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan daripada individu yang menemui suami isteri terbabit.

“Suami isteri itu ditemui di kawasan tanah perkuburan Kampung Pimping dalam keadaan selamat.

“Jarak mangsa ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, pasangan terbabit dipercayai tersesat ketika meninjau kawasan tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsulok.

“Mereka kemudian dihantar ke Pondok Polis Komuniti (PPK) Binsulok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, pasangan terbabit dilaporkan hilang apabila tidak kembali ke rumah selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Sabok Baru, Kinarut, 9 pagi, Sabtu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *