November 16, 2024

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Zahid, yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada 8 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang.

Jumaat lepas, Zahid, 69, diumumkan sebagai timbalan perdana menteri yang turut memegang portfolio kemajuan desa dan wilayah dalam Jemaah Menteri pimpinan Anwar Ibrahim.

Beliau turut dijadualkan menghadiri mesyuarat khas Jemaah Menteri yang pertama dipengerusikan oleh perdana menteri hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *