December 22, 2024

“Syurga bukan milik Pas dan juga bukan juga milik UMNO. Syurga milik orang beriman dan beramal soleh” tegas Dato’ Hakim Hamidi, adik kepada Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

“Usah menggunakan agama kita untuk membina naratif berkenaan penghijrahan platform politik saya” ujarnya lagi.

Menurut Dato’ Hakim lagi, tidak perlu merekayasa atau berpolemik tentang keputusan beliau berhijrah parti politik ketika beliau dihubungi Malaysiahot. 

Tambah Dato’ Hakim, beliau tinggalkan UMNO dan menyertai Pas ketika abangnya(DS Zahid) menjadi Timbalan Perdana Menteri dan bukannya meninggalkan abangnya ketika beliau tidak mempunyai apa-apa selain dihina dan dicaci nista. 

“Saya berada di belakang tabir membantu abang saya ketika beliau hanya berjawatan Presiden UMNO. Tanyalah ahli UMNO dan rakyat Bagan Datuk, saya turut turun padang membantu Zahid malah di peringkat nasional ketika Zahid diserang dengan fitnah jahat, saya meminta rakan-rakan dari media sosial termasuk pengendali-pengendali portal untuk membantu menjawab isu mengenai Zahid hampir setiap hari”, jelas Dato’ Hakim lagi.

“Jika saya pentingkan diri sendiri, saya akan tinggalkan Zahid ketika beliau tidak mempunyai apa-apa. Saya ambil keputusan menyertai Pas ketika Zahid bukan sahaja Presiden UMNO tetapi beliau juga adalah Timbalan Perdana Menteri”

“Zahid ditutup matanya oleh penyokong yang membawa rebah, oleh kumpulan pengipas dan penjilat sehinggakan Zahid tidak mampu menilai antara kaca dengan permata. Saya sedih melihat Zahid seperti ditipu apabila melantik orang yang salah dalam menjalankan tanggungjawab seperti yang sepatutnya (nanti saya ulas isu ini lebih lanjut)” kata Dato’ Hakim lagi.

“Tidak perlu terlalu taksub dengan politik seolah syurga hanya milik orang UMNO sahaja. Saya sertai Pas demi Islam, Melayu dan bumiputera. Nampak sama sahaja perjuangan Pas dengan UMNO tetapi jauh dan ada bezanya” tegas Dato’ Hakim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *