October 8, 2024

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terselamat selepas keretanya dihempap pokok tumbang berdekatan stesen transit aliran ringan (LRT) Taman Megah, Petaling Jaya, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 malam.

Beliau berkata, lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Axia.

“Terdapat seorang mangsa perempuan berumur 33 tahun di dalam kereta terbabit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat, seterusnya diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, JBPM Selangor turut melaporkan satu lagi insiden pokok tumbang petang tadi, membabitkan jalan menghala ke Sungai Pusu.

Wan Md Razali berkata, aduan mengenai kejadian itu diterimajam 6.10 petang tadi.

Bagaimanapun,kejadian itu tidak menyebabkan kecelakaan kepada pengguna jalan raya di kawasan itu.

“Terdapat sebatang pokok tumbang dan menghalang jalan. Namun ia tidak membabitkan mangsa dan struktur,” katanya.

Beliau turut memberitahu, seramai enam anggota JBP Selayang dikerahkan ke lokasi itu, dantibasekitar 6.42 petang.

Petugas JBP kemudian bertindak pantas mengalihkan pokok yang menghalang sebahagian laluan jalan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *