October 8, 2024

"Kerajaan Johor memandang serius perihal yang didakwa berkaitan GISBH seperti yang tular dan dilaporkan media baru-baru ini. "Bagi memelihara kemuliaan dan kesucian Islam serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat, Kerajaan Johor melalui MAINJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengambil tindakan. "Ini termasuk meneruskan siasatan ke atas aktiviti dan pergerakan GISBH di Johor. "Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak dan amalan bertentangan dengan akidah demi memelihara kesucian agama Islam di negeri ini," katanya dalam kenyataan, hari ini. Pada 20 September lalu, Kerajaan Johor dilapor akan memutuskan fatwa mengenai kepercayaan atau ajaran diamalkan ahli GISBH di negeri itu selepas kajian mengenainya dilakukan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid dilaporkan berkata, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Onn Hafiz berkata, pelaksanaan Op Global oleh PDRM bersama bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dijalankan pada 20 dan 21 September lalu. Katanya, ia membabitkan lapan premis daripada 43 premis pemilikan GISBH di lima daerah iaitu Johor Bahru, Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing. "Hasil operasi itu, seramai 29 individu ditahan dan 30 kanak kanak dan remaja diselamatkan. "Turut ditemui, lebih 20 buku dan risalah mencurigakan yang berkaitan dengan Aurah Muhammadiah. "Kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam operasi berkenaan ditempatkan di bawah jagaan JKM bagi tempoh satu bulan. "MAINJ turut menyalurkan peruntukan RM20,000 kepada JKM bagi keperluan pakaian dan buku pelajaran kanak-kanak dan remaja berkenaan," katanya. Bagi 29 individu yang ditahan reman, beliau berkata, lapan daripadanya ditangkap semula kerana disyaki memiliki buku berkaitan Aurah Muhammadiyah. "Hal ini kerana memiliki atau menyimpan risalah yang telah diwartakan haram adalah kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Seksyen 9, Mengingkari Pihak Berkuasa dan Seksyen 13, penerbitan bersalahan dengan hukum syarak," katanya.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemurniaan Pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata jawatankuasa berkenaan ditubuhkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi mesyuaratnya yang ke-275.

Katanya, jawatankuasa itu berperanan merangka gerak kerja pemulihan akidah mereka yang terbabit dengan GISBH di Johor.

Beliau berkata, jawatankuasa itu bertujuan menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISBH.

“MAINJ akan terus menggunakan kekuatan enakmen sedia ada dan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi agama di peringkat Persekutuan.

“Ia bagi meneliti, mengkaji dan termasuk membuat sebarang ketetapan yang berkaitan dengan status GISBH.

“Kerajaan Johor memandang serius perihal yang didakwa berkaitan GISBH seperti yang tular dan dilaporkan media baru-baru ini.

“Bagi memelihara kemuliaan dan kesucian Islam serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat, Kerajaan Johor melalui MAINJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengambil tindakan.

“Ini termasuk meneruskan siasatan ke atas aktiviti dan pergerakan GISBH di Johor.

“Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak dan amalan bertentangan dengan akidah demi memelihara kesucian agama Islam di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 20 September lalu, Kerajaan Johor dilapor akan memutuskan fatwa mengenai kepercayaan atau ajaran diamalkan ahli GISBH di negeri itu selepas kajian mengenainya dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid dilaporkan berkata, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Onn Hafiz berkata, pelaksanaan Op Global oleh PDRM bersama bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dijalankan pada 20 dan 21 September lalu.

Katanya, ia membabitkan lapan premis daripada 43 premis pemilikan GISBH di lima daerah iaitu Johor Bahru, Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing.

“Hasil operasi itu, seramai 29 individu ditahan dan 30 kanak kanak dan remaja diselamatkan.

“Turut ditemui, lebih 20 buku dan risalah mencurigakan yang berkaitan dengan Aurah Muhammadiah.

“Kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam operasi berkenaan ditempatkan di bawah jagaan JKM bagi tempoh satu bulan. 

“MAINJ turut menyalurkan peruntukan RM20,000 kepada JKM bagi keperluan pakaian dan buku pelajaran kanak-kanak dan remaja berkenaan,” katanya.

Bagi 29 individu yang ditahan reman, beliau berkata, lapan daripadanya ditangkap semula kerana disyaki memiliki buku berkaitan Aurah Muhammadiyah.

“Hal ini kerana memiliki atau menyimpan risalah yang telah diwartakan haram adalah kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Seksyen 9, Mengingkari Pihak Berkuasa dan Seksyen 13, penerbitan bersalahan dengan hukum syarak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *