November 21, 2024

Antara pengunjung Kolam Puteri, Gunung Ledang yang terkandas. - NSTP/ AHMAD ISMAIL

TANGKAK: Kira-kira 60 pengunjung Gunung Ledang yang terkandas di Kolam Puteri, dekat sini, diselamatkan selepas masing-masing terkandas akibat arus deras seakan-akan kepala air petang tadi.

Difahamkan, sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dengan dibantu anggota polis dikejarkan ke lokasi untuk membantu susulan laporan diterima jam 12.51 tengah hari itu.

Ketua BBP Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz, berkata pihaknya menggunakan teknik ‘rescue rope’ untuk menyelamatkan semua mangsa termasuk membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Operasi menyelamat selesai jam 3.15 petang dengan semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gunung Ledang sering menjadi tumpuan pendaki terutama ketika cuti umum dan hujung minggu bagi tujuan riadah dan rekreasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *