October 16, 2024

Tindakan beberapa pihak dalam UMNO yang cuba mencalarkan imej poster boy dilihat sebagai sangat tidak bertanggungjawab sebagai ahli parti. Secara logiknya imej poster boy melambangkan imej parti. Oleh itu, tindakan mencalarkan imej poster boy sama dengan cubaan mencalarkan imej parti.

Ciri-ciri utama yang perlu ada pada poster boy adalah tiada skandal samada isu rasuah atau wanita. Tiada kes salah guna kuasa dan mencampuri urusan badan yang termaktub di dalam ruang lingkup kuasa iaitu menghormati pengasingan kuasa eksekutif, legaslatis dan judisiari.

Perlu kita ingat bahawa Poster Boy adalah taruhan parti politik sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihanraya umum. Dengan itu, tindakan beberapa pihak yang begitu mudah membuka ruang  agar poster boy ‘diserang’ oleh pihak lawan merupakan satu pengkhianatan terhadap part.

UMNO BN tidak lagi boleh kalah pada PRU15. Tewas kali ini bermakna UMNO bakal berkubur seperti parti-parti lain yang pernah memerintah negara pada jangka waktu yang lama seperti Golkar di Indonesia dan banyak lagi. Oleh itu, pemilihan Poster Boy bagi menghadapi pilihanraya umum ke 15 ini amatlah penting. 

Selama setahun Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin, rakyat boleh menjadi saksi siri kejayaan pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin Ismail Sabri.

Beliau berjaya menguruskan penularan virus covid19 dan meletakkan kembali ekonomi negara di tempat yang sepatutnya akibat daripada virus membunuh tersebut. Malah Dato Seri Ismail Sabri sebelum ini telah menunjukkan bukti bahawa beliau adalah Menteri yang tidak pernah menimbulkan masalah di lima kementerian yang pernah dijaganya.

Ismail Sabri sememangnya layak bergelar poster boy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *